Panggung Wayang Lama Kg.Layang-Layangan,WP.Labuan (BFO-KILAN)

Assalammualaikum...

Hari ni admin nak cerita mengenai Panggung Wayang lama yang sudah sekian-kian-kian lamanyyyaaaa bangunan tersebut kelihatan begitu menderita kat Kampung Layang-Layangan,Wilayah Persekutuan Labuan. Bukan sahaja kelihatan menderita tetapi juga kelihatan begitu menakutkan? (Jika buat perfileman hantu sesuai kot).





Menurut orang ramai, bangunan lama ini adalah milik Datuk Harris Salleh. Namun, admin tidak pasti adakah panggung ini masih milik beliau?

Nama panggung ini adalah BFO-KILAN di mana nama panggung ini terdapat di Kota Kinabalu yang berhampiran dengan bangunan Suria Sabah pada suatu ketika dahulu. Adakah panggung wayang lama Kampung Layang-Layangan, Labuan ini ada kaitan dengan panggung wayang lama BFO-KILAN di Kota Kinabalu?






Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab apabila bangunan ini masih seperti ini sejak admin lahir, 1990 hingga sekarang admin sudah pun dewasa. Hampir setiap hari melihat bangunan ini sebenarnya sejak kecil.

Apabila dilihat kat dalam bangunan ini, boleh tahan besar sama macam HALL 8 kat 1Borneo!! Kenapa agaknya panggung wayang ini tidak beroperasi secara berterusan?

"Panggung tu dulu, ramai orang masuk...ramai juga yang tengok wayang kat situ...tapi bila dah ada peti televisyen, panggung wayang tu lama-lama tak ada orang nak masuk. Tengok TV kat rumah saja...", menurut pakcik Abu(Bukan nama sebenar) dalam bahasa Labuan(Kedayan) - Dialog ini sudah diubah kepada bahasa bukan Kedayan supaya senang difahami ramai.

"Panggung wayang tu dulu ada hantu! Orang syok tengok wayang, hantu pun ikut tengok juga...ramai yang nampak hantu kat sana, masa tu...." , menurut makcik Jah(Bukan nama sebenar) dalam bahasa Labuan(Kedayan) - Dialog ini sudah diubah kepada bahasa bukan Kedayan supaya senang difahami ramai.

Tidak pasti apakah sebab-sebab sebenar panggung wayang ini ditutup pada suatu ketika dahulu. Bila admin tanya kepada beberapa orang Labuan yang sempat masuk ke dalam panggung wayang tersebut, mereka hanya boleh mengatakan, panggung wayang tersebut beroperasi baik pada ketika itu. Malah skrin panggung wayang juga sangat besar!







Bagi pendapat admin, Labuan sangat perlukan panggung wayang baru di mana movie-movie yang up-to-date ditayangkan. Hal ini kerana, Labuan mempunyai Universiti taraf kebangsaan (UMSKAL) yang mempunyai golongan pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan luar negara. Tidak mustahil panggung wayang Labuan akan dibanjiri penonton. Malah, Labuan juga mempunyai Kolej Matrikulasi di mana pelajarnya adalah sama dari semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja itu, warga Labuan sudah berulang-alik ke Kota Kinabalu kerana Labuan tidak ada panggung wayang yang sama seperti kualitinya seperti Growball atau GSC.









Adakah kerana Labuan dianggap tidak memberi pulangan kepada panggung wayang yang setaraf seperti di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ?

Admin lihat masih ada juga yang berusaha untuk membuka panggung wayang di Labuan ini. Contohnya, di area bangunan UtamaJaya pada suatu ketika pernah dibuka satu panggung kecil.

Perdana Cineplex Labuan - UJ


Kini, terdapat juga panggung wayang di area Jati (Perdana Cineplex Labuan).

Perdana Cineplex Labuan - Jati


Walau bagaimanapun, admin minta maaf jika mengatakan bahawa, bukan soal tidak ada yang mahu menonton wayang di panggung wayang yang sekarang ini di Labuan tetapi tempat sangat tidak sama seperti panggung wayang idaman orang ramai. Panggung wayang yang kini, sememangnya kita boleh katakan, syukur sahaja, lebih baik ada dari tidak ada tetapi, movie tidak up-to-date, hall kecil, sound, screen dan sebagainya masih tidak dapat menarik hati orang ramai. Malah tidak mampu untuk membuat orang ramai merasa puas hati dari segi tempat bukan kerana movie yang ditayangkan tidak seronok.





Walau apapun, kita semua tidak tahu mengapa agaknya Labuan tidak memiliki panggung wayang idaman warga Labuan. Admin terus terang, Perdana Cineplex sebenarnya adalah usaha yang baik. Keep it up sehingga suatu hari akan wujud panggung wayang seperti yang warga Labuan harapkan.



Berbalik kepada bangunan lama panggung wayang di kampung Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan tadi, bangunan tersebut tidak sepatutnya dibiarkan seperti itu, hal ini kerana tempat ini akan menjadi tempat lepak budak-budak nakal dan akan merosakan pemandangan.

Bakat yang boleh diasah di tempat yang betul.

Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.