Kelmarin admin ada menceritakan serba sedikit yang admin tahu mengenai Panggung Wayang Lama yang berada di Kampung Layang-Layangan, WP.Labuan (BFO-KILAN). KLIK DISINI untuk membaca artikel tersebut.
Masih tertanya-tanya kenapa bangunan panggung wayang lama itu ditutup pada masa itu sedangkan ramai yang memberitahu (oleh orang-orang lama yang pernah menonton wayang di sana) bahawa panggung tersebut sangat popular hingga berlalu perebutan tiket wayang!
Bagi admin, kemungkinan hal ini berlaku kerana pada masa itu, itu sahajalah penghibur yang ada.
Punca mengapa panggung wayang lama ini di tutup pada masa itu masih tidak dapat diketahui dengan jelas tetapi ada yang mengatakan bahawa:
"Orang yang bergaduh pada masa itu, bukan warga Labuan. Tulah, kalau sudah wayang best, Ramai yang nak tengok tapi bila tiket habis, tu yang mengamuk. Tu la cerita tahun 80-an dulu." |
Info :
Dahulu, Wilayah persekutuan Labuan pernah mempunyai 4 buah panggung wayang.
- LIDO (Bandar, Labuan)
- VICTORIA (Bandar,Labuan)
- BFO-KILAN (Tempat : Kampung Layang-Layangan,Labuan)
- PANGGUNG MEMBEDAI (Tempat : Membedai,Labuan)
Sumber :
"Sebenarnya Labuan penah mempunyai 4 panggung wayang, LIDO,VICTORIA,MEMBEDAI dan LAYANGAN Pada tahun 70-an hingga 80-an. Saya sempat menonton 4 buah movie di Layangan ini!" |
"Mula-mula ada 3 panggung wayang kat Labuan, Victoria, Lido dan Membedai. Selepas itu yang keempat adalah panggung wayang kat Kg.Layang-Layangan tu. Berhantu." |
0 Komen:
Post a Comment
Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.