FARUZRAHIDZAH (lima kiri) bersama 10 peserta terbaik dalam acara Orang Kuat Labuan. |
Beliau berkata antara cabaran itu ialah menganjurkan sukan pada musim cuti persekolahan.
“Kami kini berusaha untuk memperkenalkan konsep sukan pelancongan kepada orang ramai. Saya berharap usaha ini akan mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.
“Saya percaya peminat sukan tegar bagi sesuatu acara sukan akan sanggup datang walau di mana jua pun acara sukan itu dipertandingkan. Sebagai contoh, Penang Bridge International Marathon.
“Peserta dari Singapura sanggup datang ke Pulau Pinang untuk menyertai pertandingan itu. Apatah lagi dengan Le Tour de Langkawi yang kini sudah mencipta pengikutnya yang tersendiri,” katanya.
Faruzrahdizah berucap demikian sebelum merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan Pelancongan Labuan 2013 pada Ahad lalu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Beliau berkata mereka perlu berani keluar dari zon selesa untuk menarik peminat sukan untuk menyertai acara sukan di Labuan.
“Dalam usaha ini, kami bersedia untuk menerima apa jua teguran termasuklah kritikan.
“Saya berharap pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 akan lebih ramai lagi peserta yang akan datang ke Labuan untuk menyertai Karnival Sukan Pelancongan Labuan 2014,” katanya.
Hadir sama dalam majlis penutupan itu ialah bekas pemain bola sepak negara, Hassan Sani dan Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Labuan, Mahathir Abdul Hamid. - BP (Berita Sabah) oleh Andrian Nandu.
LabuanBlogger: Syabas! Usaha ini sangat wajar disokong oleh Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan Labuan dan Warga Labuan.
0 Komen:
Post a Comment
Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.