Wan Maimunah Sudah Dipinggirkan

Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terpacul di mulut selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, Wai Maimunah. Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan.

Malah, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya. Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.
Menurut sumber, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah,  ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi.

Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal.

sumber

Share on Google Plus

Admin Unknown

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.