Google bekerja-sama dengan HP keluarkan model laptop Chromebook pada harga RM900++



Laptop ini berharga serendah USD279(RM920.70) dan ia dikategorikan sebagai mampu milik untuk semua orang.

Akan tetapi berbanding dengan model Chromebook Pixel, device ini tidaklah mempunyai ciri 'touch screen.' Siri Chromebook terbaru sebesar 11.6 inci ini dilengkapi dengan perlindungan anti-virus dengan 100GB storan google drive di mana ia adalah percuma untuk 2 tahun. Pembeli juga menikmati 60 hari percuma akses kepada google play music.

Model ini dikeluarkan samada hanya mempunyai fungsi WiFi, ataupun 4G. Setakat ini pihak HP belum keluarkan harga bagi model 4G.


Chromebook adalah unik kerana tidak seperti komputer yang lain yang menjalankan perisian Windows ataupun Apple sebagai operating system, chromebook ini mempunyai operating system tersendiri. Sejak storage cloud kini diguna-pakai meluas masa kini, device ini hanyalah mempunyai storan sebesar 16GB sahaja.

komputer ini sangat ringan dan mempunyai ketahanan bateri selama 6 jam. kamera hadapan dan 2 USB 2.0 ports.





P.S: Masuk pasaran malaysia harga mesti RM1,000 ke atas juga tu... jangan mimpi ler nak RM900++.. :p

Share on Google Plus

Admin Unknown

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.