Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan berita tentang artis
kanak-kanak yang terkenal dalam lagu 'Aku Yang Dulu' iaitu Tegar Septian
pernah menghisap gam, merokok dan mengemis sebagai penghibur jalanan
sebelum menjadi artis popular dan terkenal kerana bakat luar biasa
dalam bidang nyanyian, yang dikesan melalui video YouTube yang dimuatkan
oleh penonton yang teruja dengan kelunakan suaranya. Kehidupan di
bandar-bandar Indonesia sangat mencabar terutamanya golongan bawahan
yang hidup dengan cara mengemis dan menjadi penghibur jalanan kerana
tidak mampu bekerja secara biasa. Tidak banyak pekerjaan yang dapat
dibuat, malah kanak-kanak ramai yang tidak boleh ke sekolah disebabkan
ibubapa yang tidak mempunyai wang untuk membayar yuran persekolahan
anak-anak mereka. Disebabkan dibawah umur, kebanyakan budak-budak ini
memilih kerjaya pengemis, penghibur jalanan, jual suratkhabar di atas
jalanraya adalah seperti lumrah kebiasaan di Indonesia. Adakah situasi
begini berlaku di Malaysia? Sudah tentu tidak, tetapi budaya lepak dan
merempit pula yang menjadi masalah kepada masyarakat sehingga banyak
yang mati sia-sia.. Aduh.. apa aku merepek ini. Ikuti tembual bersama
Tegar Septian terbaru mengenai ceritanya ini.
Tegar Hisap Gam Merokok Sebelum Jadi Artis |
Fenomena Tegar Septian Lagu 'Aku Yang Dulu'
(Gambar Foto) Tegar Septian si bintang cilik dari Subang,
Indonesia yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu, Tegar
berkata, dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui
sepanjang menjadi pengamen (penyanyi) jalanan sebelum disunting menjadi
artis rakaman. Malah kerja Tegar sebagai pengemis jalanan merupakan kerjayanya sebelum dikesan di dalam video YouTube.
Dek kerana hidupnya yang serba kekurangan, dia terpaksa berhenti
sekolah, tinggal dirumah yang hanya berukuran 4x6 meter bersama kedua
orang tua serta tiga adiknya. Rutin hariannya, menyanyi dan meminta
sedekah di kota Jakarta demi sesuap nasi untuk keluarga.
"Saya jadi pengamen jalanan sejak umur 7 tahun. Kalau sekali ngamen,
bisa (boleh) dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan
tangan kosong. Tapi kalau dapat wang ngamen, saya buat beli gam dan
rokok. Dulu saya suka hidu gam. Saya suka ke siber kafe bersama
teman-teman. Hidup di jalanan memang bebas.
"Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli
rumah dan beli motor. Tapi saya juga cadang mahu beli motor lagi. Saya
sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama
teman-teman.
Nasib Pengemis Tegar Septian Berubah Menjadi Terkenal
"Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi
penyanyi. Capek (penat) juga ya, jadi orang kaya, tapi... ya,
Alhamdulillah", petah Tegar berkata-kata saat diajak oleh pihak media
berkongsikan tentang perubahan hidupnya kini.
Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 12 tahun, ditemui sewaktu sesi
Lepak Santai Tegar & Media, bertempat di Restoran Istana Bambu,
petang semalam.
Daripada seorang pengemis namun dengan bakat luarbiasa yang dimilikinya,
ternyata tuah menyebelahi anak sulung dari empat beradik ini. Berbekal
kemerduan suaranya, keupayaan bermain piano selain ukelele dan boleh
buat magis lantas Tegar sekarang diangkat oleh rakyat Indonesia sebagai
seorang penghibur muda yang memiliki masa depan cerah. Malah namanya
juga cukup popular di Malaysia.
Tegar Septian Terima Kritikan Peminat Untuk Majukan Diri |
Tegar Septian Kanak-Kanak Berbakat dan Serba-Boleh
Sementara itu menurut pengurus Tegar iaitu Alfas Hermasyah, dalam
ramai-ramai kanak-kanak yang bergelar penyanyi jalanan, dia tertarik
dengan Tegar bukan saja kerana bakat serba boleh kanak-kanak itu. Tetapi
kerana Tegar juga seorang yang senang menerima kritikan dan mempunyai
kesungguhan untuk memajukan diri.
"Sewaktu saya jumpa dia, dia berusia 9 tahun. Waktu itu hidupnya memang
sangat bebas. Tapi mujur dia belum terus terjebak dengan
aktiviti-aktiviti yang lebih buruk seperti menghisap dadah. Selepas
membawanya tinggal bersama saya, Tegar diberikan rawatan bagi membuang
tabiat menghidu gam dan merokok.
"Kebetulan saya memang belajar dalam jurusan psikologi jadi saya gunakan
pendekatan tersebut untuk membantunya berubah. Selama tiga bulan,
Allhamdulillah dia berubah. Sekarang dia sudah bersih sepenuhnya. Tidak
lagi hidu gam dan merokok. Malah kalau dia lihat saya merokok, dia pula
yang akan menasihati saya.
"Selepas memperbaiki imejnya, saya bawa dia ke label muzik. Selain
bakatnya, Tegar seorang budak yang baik, boleh menerima kritikan dan ada
kesungguhan untuk memajukan diri", kata Alfas yang juga merangkap
sebagai bapa angkat Tegar.
Tegar Septian Si Pengemis Kini Menjadi Artis Popular |
Album Tegar Septian Berada Di Pasaran Malaysia
Tegar sekarang bernaung di bawah label Harpa Records di Indonesia.
Sementara di Malaysia dia bernaung di bawah syarikat Rusa Music. Album
sulung Tegar berjudul Tegar and Sahabat sudah pun berada di pasaran
Malaysia pada pertengahan bulan Ogos.
Selain itu, wakil Harpa Records, Donald Dewa Kusumo yang turut hadir
memberitahu, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan
sebuah novel juga filem tentang Tegar. Penggambaran filem tersebut
dijangka akan dimulakan pada bulan hadapan. - Malaysian Digest.
BIODATA TEGAR SEPTIAN PROFILE ARTIS SELEBRITI INDONESIA
Nama Penuh: Tegar Septian
Tempat Lahir : Pemalang, Jawa Tengah
Tarikh Lahir : 19 September 2001
Bilangan Adik Beradik : Empat Orang (anak pertama)
nasib baik dia tak terus hanyut...tegar ini membuktikan yang usaha itu tangga kejayaan..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
cegah sewaktu masih awal sbelum terlambat. :)
ReplyDelete