PANAS... PANAS... PANASSSS DAN SENSASI!!!
Macamana tak panas kalau bukan sebab isu kerugian besar macam ni.. patut ler projek tu terbengkalai untuk sekian lama.. but setakat ni dah ada kemajuan sikit la sebab stesen bas tu dah berfungsi TAPI pasar tu masih dalam pembinaan lagi..
Saya ingin highlight 2 point utama berdasarkan laporan berita dari sinar harian, berikut point tersebut;
POINT 1. -
"Syarikat ini telah mengemukakan jaminan bank bernilai RM3.60 juta kepada Perbadanan Labuan untuk pendahuluan tersebut. Semakan mendapati tarikh luput jaminan bank tersebut adalah 7 Oktober 2009 iaitu sebelum tarikh kontrak tamat pada 17 Januari 2010.
"Bagaimanapun, kontrak tersebut telah ditamatkan pada 7 Januari 2010. Perbadanan Labuan telah menuntut semula wang pendahuluan tersebut pada 18 Januari melalui jaminan bank tetapi tidak berjaya kerana tempoh jaminan bank telah luput," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menerusi laporan yang dikeluarkan."
POINT 2.-
"Selain daripada itu, laporan mendapati, kelemahan lain yang terdapat dalam pembinaan projek tersebut juga berpunca daripada pemilihan kontraktor kurang berkelayakan kerana tiada pengalaman dalam bidang pembinaan bangunan dan keupayaan kewangan yang bergantung kepada kemudahan overdraf bank."
Ulasan untuk point pertama :
- Nampak 'sumthing wrong' sini.. kenapa kontrak ditamatkan pada waktu tempoh jaminan sudah luput? tarikh luput jaminan adalah pada 7 oktober 2009 manakala tarikh kontrak di tamatkan adalah pada 7 januari 2010.. Oh tidak..!! Tahun berikutnya baru nak buat tindakan? apa hal????
Ulasan point kedua :
- Ni lagi 1 hal... patut la projek kondem.. sebab kontraktor yang di pilih ni tak berkeupayaan dari segi kewangan atau dalam perkataan lainnya TAK BERKEMAMPUAN... kalau tak mampu jangan la buat yer.. kan dah jadi kerugian situ.. bagus bagi yg berkelayakan.. Opppsss...!! WTF... pelik yer knp yg TAK MAMPU boleh DAPAT projek ni??????
Selain dari kelemahan kewangan, kotraktor juga dikatakan TIDAK BERPENGALAMAN dalam bidang pembangunan.. Ni yang WTF ni apsal la bermasalah betul kontraktor yang mereka pilih ni.. apa takde lagi kontraktor ke kat labuan ni?? heran kan..
BTW, mungkinkah ia R*****... hahahaha..... sy kata mungkin jer sbb sy buat kesimpulan berdasarkan dua point yg sy hightlightkan tu sbb klu la betul xda kontraktor yg berkelayakan habis tu sapa yg urus projek2 pmbngunan di labuan selama ini? x logik kan..
So kesimpulannya sini projek tu bermasalah akibat dari pemilihan kontraktor yg tak berkelayakan kerana lemah dari segi kewangan dan tidak berpengalaman dalam bidang berkaitan... ohhh macam tuuuu.... :p
Berikut dari Sinar Harian :
"SHAH ALAM - Tuntutan kerugian Perbadanan Labuan terhadap kontraktor asal projek pembinaan pasar serta stesen bas dan teksi berjumlah RM23.82 juta kerana gagal menyiapkan projek masih belum diterima sehingga September 2012.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Perbadanan Labuan telah membayar wang pendahuluan sejumlah RM3.60 juta kepada Labindo Engineering Services Sdn. Berhad pada Februari 2008 untuk memulakan kerja pembinaan pasar.
"Syarikat ini telah mengemukakan jaminan bank bernilai RM3.60 juta kepada Perbadanan Labuan untuk pendahuluan tersebut. Semakan mendapati tarikh luput jaminan bank tersebut adalah 7 Oktober 2009 iaitu sebelum tarikh kontrak tamat pada 17 Januari 2010.
"Bagaimanapun, kontrak tersebut telah ditamatkan pada 7 Januari 2010. Perbadanan Labuan telah menuntut semula wang pendahuluan tersebut pada 18 Januari melalui jaminan bank tetapi tidak berjaya kerana tempoh jaminan bank telah luput," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menerusi laporan yang dikeluarkan.
Kegagalan menuntut semula wang pendahuluan itu menyebabkan Perbadanan Labuan menanggung kerugian RM3.60 juta.
Selain daripada itu, laporan mendapati, kelemahan lain yang terdapat dalam pembinaan projek tersebut juga berpunca daripada pemilihan kontraktor kurang berkelayakan kerana tiada pengalaman dalam bidang pembinaan bangunan dan keupayaan kewangan yang bergantung kepada kemudahan overdraf bank.
Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar, pihak audit mengesyorkan Perbadanan Labuan memantau kontraktor dan perkhidmatan perunding bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, kualiti dan siap dalam tempoh ditetapkan."
LINK : http://www.sinarharian.com.my/nasional/audit-perbadanan-labuan-rugi-rm23-82-juta-1.209874
0 Komen:
Post a Comment
Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.