Google Malaysia digodam oleh Team Madleets (Daripada Pakistan)




Pada malam 10 Oktober 2013, Google Malaysia telah digodam oleh pasukan yang mengelar diri mereka sebagai "Team Madleets" atas tujuan yang tidak dapat dipastikan langsung.

Hal ini kerana, mereka telah memberi mesej di laman sosial facebook yang diberi nama "Madleets Official" yang berbunyi :



“Kami berasa kami perlu memaklumkan kepada semua, bahawa kami tidak menggodam laman web sebagai contoh google.com.my kerana kebencian. Kami tidak membenci sesiapa, kami cintakan kemanusiaan. Sebenarnya tidak ada tujuan khusus untuk kami menggodam. Biarlah tujuan kami bukan kerana kebencian. Apapun alasannya, kami tidak mampu untuk menjelaskan kerana kami sayang kamu semua."


Serangan siber itu telah menyebabkan laman carian itu tidak boleh diakses selama beberapa jam sebelum memaparkan beberapa mesej dipercayai daripada penggodam berkenaan.

Kejadian itu dikatakan merupakan satu di antara serangan variasi menggunakan kod DNS.
Penggodam mendapat akses ke laman Google Malaysia melalui Pusat Informasi dan Rangkaian Malaysia sebelum menukar rekod DNS laman Google dengan kod dari server penggodam iaitu Madleets.

Di laman itu turut tertulis ‘Diserang oleh 1337′ atau ‘Struck by 1337′ dipercayai dilakukan oleh seorang individu di dalam sebuah kumpulan penggodam digelar 1337.




Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.