Baru-baru ini penduduk Labuan gempar dengan kejadian yang aneh di sebuah bangunan lama Labuan. Bangunan tersebut adalah bangunan Hotel 10 tingkat yang sudah lama ditinggalkan. Kecoh! Apabila dikhabarkan bahawa ada seorang perempuan membaca bayi naik ke bangunan tersebut ingin membunuh diri!
Baca berita selanjutnya dari http://suarainsan.net di bawah :
Orang ramai dikejutkan dengan laporan "cubaan membunuh diri" yang berlaku di bangunan lama, Hotel Labuan, lewat petang semalam, 13 November 2013.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan Jabatan Bomba & Penyelamat W.P. Labuan (Fire & Rescue Dept. Labuan F.T.) , tiada sebarang perkara berlaku seperti yang dilaporkan.
Pengarahnya, Tuan Zainal Madasin berkata, pihak bomba dan penyelamat dengan 51 anggota, bergegas ke lokasi itu setelah dimaklumkan oleh pihak polis , kira-kira jam 6.00 petang.
Namun, hasil pemeriksaan selama 3 jam yang dilakukan di hotel 10 tingkat itu, didapati tiada individu lain berada dalam bangunan berkenaan.
Bercakap ketika ditemui pemberita R-T-M Labuan , beliau berkata, daripada kejadian seumpama itu, pihaknya akan memantau kawasan sekitar Labuan terutama kawasan yang berisiko berlaku kejadian seperti itu.
Hotel Labuan yang mempunyai 150 bilik dan dibina pada tahun 1979 setinggi 10 tingkat itu ditutup kerana masalah teknikal pada tahun 1997. Sehingga kini, Hotel itu masih tidak beroperasi dan ditinggalkan begitu sahaja.
Ramai yang mengesahkan banyak kejadian aneh dolaporkan berlaku di hotel tersebut yang merupakan satu punca tidak ada sesiapa yang mahu menguruskannya. Adakah cerita itu benar? Wallahualam...
0 Komen:
Post a Comment
Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.