Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian), Wilayah Persekutuan Labuan

Restoren JJ Nazar (Indian), WP.Labuan adalah salah satu restoren india yang popular di Wilayah Persekutuan Labuan. Restoren JJ Nazar (Indian) ini sudah lama bertapak di bandar WP.Labuan. Bermula dari Restoren JJ Nazar (Indian) yang pertama iaitu di kawasan berhadapan dengan Gym Swole Up. Kini sudah mempunyai lima cawangan dalam WP.Labuan.

Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian), Wilayah Persekutuan Labuan - Labuan Blogger
Gambar oleh : www.sofinahlamudin.com

Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian) yang terbaru iaitu yang kelima kini sudah pun membuka ruangan berpenghawa dingin dan telah dirasmikan pembukaannya pada 15 Disember 2017 oleh Datuk Rozman Isli iaitu ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan. Lokasi Restoren JJ Nazar (Indian) yang ke lima ini ialah di kawasan bangunan Utama Jaya, WP.Labuan.

Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian), Wilayah Persekutuan Labuan - Labuan Blogger
Sumber gambar : Labuan Times

Senarai di bawah merupakan cawangan Restoren JJ Nazar (Indian) di Wilayah Persektutuan Labuan :

  1. Berhadapan dengan Gym Swole Up dan Kedai The Place, Kawasan Bandar Labuan.
  2. Berhadapan dengan Hotel Labuan (Kawasan Pasar Malam Labuan Supermarket).
  3. Berhampiran dengan Taman Muhibbah dan Hotel Aifa, Labuan.
  4. Di kawasan Hotel Lazenda, Wilayah Persekutuan Labuan.
  5. Bersebelahan dengan Utama Jaya Superstore, Labuan.
Restoren JJ Nazar berhadapan dengan Swole Up sebelum ini menggunakan nama "JJ Naza". Manakala Restoren JJ Nazar berhadapan dengan Hotel Labuan dahulu menggunakan nama "Dinnie". Kini, semua cawangan telah diseragamkan dengan hanya satu nama iaitu "JJ NAZAR".

Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian), Wilayah Persekutuan Labuan - Labuan Blogger
Gambar oleh : www.sofinahlamudin.com

Restoren JJ Nazar (Indian) ini merupakan pemegang ANUGERAH HARGA PATUT pada tahun 2016 dan mempunya Gred A bagi kebersihan restoren.

Cawangan Restoren JJ Nazar (Indian), Wilayah Persekutuan Labuan - Labuan Blogger
Sumber Gambar : Labuan Times

Antara semua cawangan Restoren JJ Nazar (Indian) di Labuan, lokasi paling strategik bagi penduduk Labuan adalah di kawasan Utama Jaya. Hal ini kerana, lokasi tersebut berhampiran dengan Stesen Bas. Penduduk Labuan boleh singgah menikmati kopi mahupun hidangan India sebelum pulang atau sarapan di sini sebelum pergi ke pasar ikan yang berhampiran dengan lokasi ini.
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.