Setelah berabad lamanya, Medan Selera (Lama) beroperasi berhampiran Ujana Kewangan, Hotel Grand Dorsett dan Hotel Billion Waterfront WP.Labuan. Medan Selera (Lama) WP.Labuan merupakan lokasi makan kegemaran warga WP.Labuan terutamanya pada waktu malam. Menikmati soto, satay, burger, air kelapa, ais batu campur, nasi ayam dan sebagainya.
![]() |
Medan Selera (Lama) WP.Labuan |
![]() |
Medan Selera (Lama) WP.Labuan |
![]() |
Medan Selera (Lama) WP.Labuan |
Pada tahun ini, warga WP.Labuan telah melihat perkembangan yang baik sekali berkenaan pembinaan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan yang sedang dikerjakan sejak beberapa tahun yang lalu di Jalan Tanjung Purun, berhampiran dengan Kompleks Sukan Air, Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada Januari 2018, 90% Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan telah pun siap. Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, permohonan ruang niaga gerai medan selera moden (baru) WP.Labuan ini telah pun tamat pada bulan November 2017 tahun lepas.
![]() |
Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan |
Oleh hal yang demikian, dijangka ada kemungkinan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan akan dibuka dan dirasmikan tidak lama lagi.
![]() |
Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan |
Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan ini mempunyai banyak gerai makanan dan minuman. Medan Selera ini juga cukup luas dan cantik dari segi reka bentuk dan warna bangunan.
Di Medan Selera Moden (Baru) ini, disediakan tandas awam dan surau untuk kemudahan pengunjung yang makan dan minum di sana kelak.
Selain itu, Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan ini juga menyediakan taman permainan untuk kanak kanak bermain. Oleh itu, boleh lah ibu bapa membawa anak anak ke Medan Selera Moden (Baru) ini sambil menikmati makanan yang dijual.
Pengunjung yang berjogging, bersukan di Taman Rekreasi berhampiran juga boleh singgah untuk menghilangkan kepenatan bersukan dan bersenam. Apatah lagi pada hujung minggu.
![]() |
Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan |
Bagi pelancong luar WP.Labuan, Medan Selera Moden (Baru) ini berhampiran dengan Muzium Kehidupan Laut. Oleh hal demikian, bolehlah membuat lawatan ke Muzium tersebut selepas atau sebelum menikmati makanan di Medan Selera Moden.
Selain itu, kawasan ini berhampiran dengan pantai yang cantik dan sesuai untuk mengambil gambar kenangan dan gambar potret keluarga di sekitar pantai dan taman rekreasi.
Program keramaian seperti Sea Challenge juga sering diadakan di Kompleks Sukan Air ini. Adakalanya, program lain seperti Borneo Art dan Motorbike berlangsung di kawasan ini. Jika kebetulan berada di program keramaian ini, singgah la ke Medan Selera Moden bersama keluarga.
Jangan lupa untuk singgah ke Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan setelah beroperasi kelak.
Lokasi : Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan, Jalan Tanjung Purun, Kompleks Sukan Air Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.
tq for the info sis....:)
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai ke sana. Abang-abang Del da pergi da sebab kerja sana dulu
ReplyDeleteMenarik reka bentuk medan selera baru tu. Mesti jg ada bumbung bah, kan...apa lagi time2 panas terik/musim hujan. Lama sdh x ke Lbn... :D
ReplyDelete