LESEN OPERASI LABUAN FERRY CORPORATION DIBATALKAN OLEH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Photo credit borneoroad.blogspot.my |
LABUAN, 19 DISEMBER - Kementerian pengangkutan telah mengeluarkan surat untuk membatalkan lesen operasi LFC(Labuan Ferry Corporation sdn bhd). berkuat-kuasa serta-merta.
Untuk maklumat pembaca, LFC adalah penyedia perkhidmatan ferry paling lama iaitu lebih sedekad untuk kenderaan Labuan-Menumbok.
Surat pembatalan tersebut telahpun dikeluarkan pada 25 oktober lalu dengan alasan syarikat tersebut telah dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi Labuan dan juga atas alasan aspek keselamatan yang tidak dipatuhi.
Pembubaran tersebut disahkan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah berhubung keputusan oleh mahkamah untuk membubarkan syarikat berkenaan dan perkara ini kemudiannya disahkan oleh oleh jabatan Insolvensi bahawa tindakan pembubaran sudah dibuat pada 6 febuari 2017.
Hasil pemeriksaan keselamatan pada 2 oktober daripada Jabatan Marin Labuan berkaitan feri wawasan Perdana milik syarikat ini tidak mematuhi aspek keselamatan yang diperlukan.
Memetik kepada Bernama, Pengerusi LFC, Peter Kong akan membuat rayuan terhadap kementerian pengangkutan selepas mengkaji isi kandung surat pembatalan tersebut.
Berikutan pembatalan lesen tersebut, kini hanya tinggal dua pengusaha feri iaitu Juta Bonus dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd yang akan mengusahakan perkhidmatan pengangkutan feri ke tanah besar Sabah.
Antara feri yang beroperasi adalah Galaxy(milik Juta Bonus) dan juga tiga buah feri milik Labuan Mainland Link Sdn Bhd iaitu Kimanis 1, Putrajaya 2 dan Goodwill Star.
admin
thanks dgn infonya ...
ReplyDelete