RESEPI KOPI PEMBAKAR LEMAK?



Hari ini admin akan kongsikan mengenai satu resepi kegemaran admin untuk 'boost energy' di awal pagi dan dalam masa yang sama juga akan membakar lemak.

Resepi ini dikenali sebagai 'bulletproof Coffee.' Resepi ini bukanlah baru bagi pengemar gaya hidup aktif dan bersukan(fitness lifestyle), namun ia juga boleh diguna-pakai dalam kehidupan seharian kita juga. Jadi selain kita menikmati kopi yang lazat, kita juga boleh pelbagaikan minuman kopi kita dan ubahkannya kepada yang lebih sihat.
 

Bagaimana ia berfungsi?

Ia berfungsi menukarkan lemak kepada tenaga melalui kandungan kafein kopi, dan juga meningkatkan metabolisme badan lemak tepu(butter dan minyak kelapa). Secara tidak langsung boleh menurunkan berat badan dan membuatkan kita lebih bertenaga.

Kandungan kayu manis pula boleh mengawal selera makan dan membuatkan rasa kenyang untuk tempoh lama.

Resepi Bulletproof Coffee mudah

Untuk membuat kopi ini ia adalah mudah. Anda hanya perlukan 3 bahan di bawah;
  1. 1 sudu Serbuk kopi hitam
  2. 1 sudu Butter(apa-apa sahaja jenama)
  3. 1 atau 2 sudu Minyak kelapa dara
  4. Kayu manis(cinnamon). Boleh diganti dengan gula.
Cara-cara membuat:
Masukkan serbuk kopi kedalam air panas kemudian tapis. Tinggalkan air kopi sahaja. Masukkan butter, minyak kelapa dan 1 sudu gula. Gula ini boleh digantikan dengan kayu manis.

Siap!..
  

Bulletproof coffee sesuai diambil semasa pre-workout

Bagi anda yang aktif bersenam untuk membakar lemak, kopi ini mungkin anda boleh pertimbangkan untuk pre-workout anda(sebelum senaman). 

Kombinasi dua-dua ini(minuman tenaga dan senaman) sangat efektif untuk menurunkan berat dan anda akan berasa sangat bertenaga.

Akan tetapi, pastikan anda tidak punyai masalah alahan terhadap kafein dan pastikan pengambilan kafein anda tidak melebihi dos yang ditetapkan iaitu di bawah 300mg sahaja.

Sekian dari admin!





Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

1 Komen:

  1. Oh macam tu caranya, boleh try lepas berpantang nanti kot sebab nak pecahkan lemak. hehe

    ReplyDelete

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.