FOTO-FOTO SEKITAR SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT WP.LABUAN 2017

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT WP LABUAN 2017
Dianggarkan seramai 2000 orang dalam 83 kontinjen perbarisan yang terdiri daripada Jabatan/Agensi Kerajaan, Swasta, Kampung dan Sekolah menyertai perbarisan Sambutan Hari Malaysia. Kontinjen kelab permotoran dan basikal pula adalah sebanyak 22 kontinjen. Hadiah pertandingan perbarisan bagi setiap kategori ialah RM1,000 (Johan), RM800 (Naib Johan) dan RM500 (Tempat Ketiga). Hadiah bagi pemenang anugerah Kontinjen Paling Ramai Keseluruhan dan Pakai Terbaik Keseluruhan ialah RM500 dan Perbarisan Terbaik Keseluruhan ialah RM1000. Empat atlet Labuan yang telah mendapat pingat kemenangan pada Sukan SEA 2017 yang lalu telah diberikan insentif berupa wang tunai RM10,000 (Pingat Emas Acara Boling Padang, Silat Olahraga & Jurulatih Silat) dan RM3,000 (Pingat Gangsa Acara Ragbi Pasukan Wanita) daripada Pejabat Ahli Parlimen Labuan dan Yayasan Pembangunan Labuan. Terima kasih warga Labuan yang hadir pada hari tersebut bagi bersama - sama memeriahkan lagi majlis. Berikut adalah keputusan keseluruhan pertandingan perbarisan:-

1. KATEGORI TABIKA/ TADIKA/ PRA SEKOLAH DAN TASKA
Johan: Tadika Islam MAIWP
N.Johan: Pra Sekolah Zon 1
Ketiga: Pra Sekolah Zon 2

2. KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Johan: SK Sungai Bedaun
N. Johan: SK Membedai

3. KATEGORI PASUKAN KADET (SEKOLAH MENGENGAH / IPT)
Johan: Pasukan Kadet Kolej Matrikulasi Labuan
N. Johan: Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Darat) SMK Labuan

4. KATEGORI IPTA/ IPTS
Johan: Giat Mara Labuan
N.Johan: City College Labuan

5. KATEGORI KAMPUNG
Johan: Kg. Lubok Temiang
N.Johan: Kg. Kilan Pulau Akar
Ketiga: Kg. Patau - Patau 2

6. KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)
Johan: KRT Kg. Bukit Kalam
N. Johan: KRT Kg. Lubok Temiang
Ketiga: KRT Pusat Bandar

7. AGENSI SWASTA
Johan: Petronas Methanol Berhad
N. Johan: Malaysia Airport Berhad
Ketiga: Pathfinder Club Labuan Adventist Church

8. JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN
Johan: Jabatan Ukur dan Pemetaan WP Labuan
N. Johan: Majlis Agama Islam WP Labuan
Ketiga: Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan

9. PASUKAN BERUNIFORM JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN
Johan: Tentera Udara Diraja Malaysia Labuan
N.Johan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan
Ketiga: Pusat Koreksional Labuan

10. KONTINJEN PALING RAMAI KESELURUHAN
- Tadika Chi Hwa

11. PAKAIAN TERCANTIK KESELURUHAN
- Kontinjen SK. Sungai Bedaun

12. PERBARISAN TERBAIK KESELURUHAN
- Kontinjen SK Sungai Bedaun

Credit photo to Perbadanan Labuan













































Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.