Remaja ini kongsikan kekejaman polis dan sebab kenapa anda perlu berhati-hati di Mesir

Viral baru-baru ini apabila pelajar Malaysia ditangkap gara-gara tidak membawa passport/visa sewaktu berada di tempat awam di mesir. Berita ini dikeluarkan oleh surat khabar Kosmo baru-baru ini. Perkongsian beliau ini sedikit sebanyak bolehlah dijadikan panduan bagi mereka yang bercadang nak sambung belajar di Mesir ataupun hendak melancong ke sana.


Ikuti cerita beliau di bawah;

[ PENGALAMAN MASUK LOKAP MESIR 15 HARI ]

Pada 14/8/2017, saya pergi ke Hayy Asyir untuk cetak kitab, di Mesir saya telah menghasilkan sebuah kitab berjudul “Terjemahan Matan Al Waraqat Berserta Huraian Ringkas” bila masuk dalam kedai cetak kitab tu, pemilik kedai tanya saya ada bawa passport tak? saya kata tak dak, maka dia kata jangan keluar dari kedai ni, kerana polis sedang tunggu depan kedai, polis sedang tangkap siapa sahaja yang tak bawa passport atau xda visa.

Setelah tunggu beberapa lama di dalam kedai, kereta polis dan van polis pun beredar, saya ingat mereka sudah balik ke balai, rupa2nya mereka berpindah tempat dan parking kereta di depan restoren thailand di gamek, tak jauh dari kedai cetak kitab itu.

saya yang suka jalan tengok bawah tak perasan kereta polis ada di hadapan, saya jalan melintasi kereta polis itu, polis pegang saya, tanya “ada passport tak? ada visa tak?” Saya kata “ada passport dan ada visa, tapi ada di kedutaan malaysia”, dia kata"irkab" dia suruh masuk naik van.

Bila masuk dalam van, saya kata kepada polis, bahawa saya ni mahasiswa azhar, ada kad pelajar, tapi polis kata semua yang dia tangkap ni adalah pelajar. Polis tak peduli.

Dalam van tu ramai orang afrika, dan ada orang thailand, indonesia, dan perancis.

ada orang afrika dari sierra leone yang tinggal di buus datang ke hayy asyir, bila polis nampak dia, polis kata "Mari sini, kamu dari negara apa? masuk ke dalam van" orang itu tunjukkan kad pelajarnya, tapi polis tak perduli dengan kad pelajar dia, polis kata "irkab" suruh dia masuk ke dalam van juga.

Dalam perjalanan dibawa ke balai polis, saya sempat hubungi seorang rakan, bagi tahu dia bahawa saya ditangkap oleh polis dan sedang dibawa ke balai polis

Kawan kata dia telah bagi tahu pegawai kedah dan persatuan kedah di mesir, tapi dia tidak boleh datang kebalai krana dia tiada visa.

Ketika van berhenti seketika di depan kedai jus di sebelah suq sayyarat, datang pegawai negeri lain, datang bersembang dgn polis untuk cuba bebaskan saya, namun polis tak bebaskan.

Setelah polis tangkap ramai warga asing ke dalam van, polis bawa ke balai polis awal abbas madinat nasr, kami dibawa masuk balai dan naik tingkat satu, henset kami dirampas, kami dimasukkan ke bilik tahanan, kemudian dipanggil seorang demi seorang masuk ke bilik untuk ditanya, nama apa, negara apa, alamat rumah dan mana passport. kemudian mereka catit

setelah tunggu berjam2 dalam bilik yang panas itu, kami di bawa masuk ke dalam lokap, sebelum masuk ke bilik lokap, tali pinggang kami dirampas, hardisc saya yg bernilai ratusan ringgit dan mengandungi rakaman2 pengajian dirampas, earphone dirampas , charger dirampas, hampir semua barang kami dirampas kecuali dompet, kami dimasukkan ke dalam lokap, kemudian dikeluarkan dari lokap, kemudian tangan kami digari macam nak bawa kami pergi ke tali gantung.

Sebahagian kawan kami menangis apabila tangannya digari, seolah olah kami ni penjenayah, walhal kami tidak buat apa2 kesalahan pun di Mesir ini melainkan belajar agama sahaja.

Kami dilayan oleh polis dengan garang, marah2, bengis, ada yang kena tampar. Bukan sahajabengis, malah apa sahaja yang kami cakap mereka buat pekak sahaja, mereka tak pedulikan kami. Malah makanan juga tak disediakan.

Sorang dari afrika berpura2 sakit jantung nak mati, namun polis terus memaksanya dan tidak bebaskannya.

kami digari dan dibawa masuk ke dalam lori besi polis, kami dibawa ke balai polis nuzhah di mishrul jadidah, kemudian diperiksa kali kedua, kemudian dimasukkan ke dalam lokap yang sempit, dalam lokap yg sempit ni kami ada 9 orang, tidur berlapikkan kain,

Dalam lokap yang kecil di balai polis Nuzhah ini, ada tandas, dan ada ruang kecil, di ruangan kecil inilah tempat kami tidur, makan dan solat.

KAMI TIDAK DIBERIKAN MAKANAN OLEH POLIS, 24 JAM KAMI TAK MAKAN.

Tiada siapa menyalurkan makanan kepada kami, tiada siapa tahu kami dipindahkan ke sini. Kawan2 kami dan kedutaan juga tidaktahu kami berada di balai polis Nuzhah, jadi mereka tidak boleh datang menyalurkan makanan kepada kami. Kami dahaga, lapar, letih, lesu, kami risau dan sedih.

Kami datang ke mesir untuk belajar agama, tiba2 kami ditangkap, digari dan dimasukkan ke dalam lokap, dan tidak diberi makan, apa salah kami? kami tak mencuri, tak membunuh, tak merogol tapi dilayan sebegini. Kerana itu kami sedih.

Kami risau tentang masa depan kami, adakah kami akan mati kebulur di sini? Kerana tiada siapa salurkan makanan kepada kami, Tiada siapa tahu kami disini. Adakah kami akan dipenjarakan seumur hidup? Adakah kami akan dihukum gantung sampai mati? Adakah kami akan disiksa di penjara ini?

MAKA KAMI SEDIH DAN RISAU.. DISAMPING LAPAR, DAHAGA, DAN LETIH..

Dalam lokap 9 orang di nuzhah ni, saya tinggal bersama 2 orang thailand,2 orang filipina, 2 afrika dan 2 perancis. Hanya saya seorang sahaja dari Malaysia.

Kedutaan filipina datang mencari warga filipina di balai polis awal abbas, tapi polis kata mereka tak tahu di manakah warga filipina itu berada.

Polis yg hantar kami ke nuzhah, kmudian polis kata mereka x tahu kami berada d mana

Akhirnya kedutaan filipina mencari2 org filipina itu di semua balai polis, kedutaan filipina datang bertanya kali pertama di balai polis nuzhah, tanya ada takwarga filipina yang ditahan di balai polis ini, polis di balai polis nuzhah kata mereka tak tahu.

kedutaan filipina datang kali kedua ke balai polis nuzhah, tanya ada tak warga filipina yang ditahan di balai polis ini, barulah polis mengaku ada warga filipina di sini, akhirnya kedutaan filipina menyalurkan makanan, dapatlah kami makan.

###

Setelah 1 atau dua hari tinggal di lokap polis nuzhah, kami dikluarkan dari lokap, tangan kami digari dan di bawa naik lori besi polis yg amatlah panas.

kami di bawa semula di balai polis awal abas madinat nasr, dan diperiksa kali ke empat,kali ini mereka ambil smua barang yg ada dalam bag saya, sampai kosong bag saya, barang tu mahal ratusan genih.

kami dimasukkan ke dalam lokap seramai lebih kurang 18 orang, sempit, kami tidur tidak selesa, kerana sempit, KAMI TAK DAPAT TIDUR MALAM DENGAN NYENYAK KERANA SEMPIT DAN TIDAK SELESA

Dalam lokap itu ada 4 warga perancis, 2 thailand, 4 filipina, 1 malaysia iaitu saya, dan selebihnya afrika.

Apa yang ada di dalam lokap di balai polis awal madinat nasr? Di sini ada beberapa lokap,lebih kurang 7 buah lokap,dan 1 lokap wanita x silap saya.

Lokap yang saya masuk ialah lokap bersama dgn wafidin, tidak bersama dengan orang mesir, lokap wafidin tidak seteruk lokap orang mesir, kerana lokap orang mesir lebih teruk keadaannya, dikatakan mereka hidup 80 orang dalam 1 lokap sehingga tiada ruang untuk baring, terpaksa baring diatas orang lain, kemudian mereka sentiasa isap rokok dalam lokap sehingga asap memenuhi lokap, dan dikatakan mereka buat ubat mabuk sehingga mabuk dan saling berteumbuk sesamasendiri. Lokap yang saya duduk, kami hanya 18 orang, masih boleh baring walaupun sempit.

Ada apa dalam bilik lokap tu? Ada ruang kosong, dan 1 tandas, dan pintu besi, ada kipas, ada lubang dan kipas untuk udara dibahagian bumbung. Di ruang kosong itulah kami baring, makan, solat dan bersembang.

Tiada siksaan pun di dalam lokap, siksaan tinggal d lokap ialah makanan tidak disediakan. Jadi anda akan lapar dahaga, Duit sentiasa diminta oleh polis untuk bayar tambang perjalanan pergi ke Universiti Azhar,jawazat dan amnu daulah, jika nakminta polis belikan makanan juga boleh, tp baki wang tidak akan diberikan, kawan saya bayar 100Le untuk beli 9 sandwisy yang murah, tiba2 baki tidak dipulangkan. Jadi wang anda akan habis. Di lokap ini polis telah merampas kebebasan dan kemerdekaan anda. Malah jika anda dipenjara 2 minggu, maka2 minggulah masa anda terbuaang. Di lokapjuga polis merampas barangan berharga anda seperti telepon, hard disc dan lain2, dan ada yang tidak dipulangkan semula bila anda keluar dari lokap, maka habislah barangan berharga anda.

Kesimpulannya jika anda masuk lokap, duit habis, masa habis, hilang kebebasan, hilang harta benda.

SAYA KESEORANGAN.. SEMUA ORANG ADA KAWAN DALAM PENJARA TAPI SAYA SEORANG DIRI SAHAJA, HANYA SAYA SAHAJA DARI MALAYSIA

SAYA MENGALAMI KERISAUAN..

Kawan2 org thailand datang melawat lokap dan menyalurkan makanan kpd org thailand di dalam penjara.

Kawan2 org filipina dtg menyalurkan makanan kpd org filipina di dalam penjara.

Tapi kawan2 saya (malaysia) tidak datang menyalurkan makanan kpd saya yg di dalam penjara

Saya risau akan mati kebulur di dalam penjara, kerana tiada siapa yg datang menyalurkan makanan kpd saya.

Saya rasa saya tidak akan dikeluarkan dari penjara ini dan akan mati kebulur di dalam penjara ini

Bila orang filipina nampak saya sedang kerisauan seorang diri, mereka panggil saya duduk dengan mereka, mereka kata kita semua ni asia.

mereka bagi makanan kpd saya.

Bila orang somalia nampak saya sedang kerisauan seorang diri, mrk kata kpd saya jangan risau, kita semua satu, kita smua bersaudara, kita tidak dipisahkan oleh negara, mrk kata kita smua pasti akan kluar dari lokap ni, mrk bagi makanan kpd saya juga.

Orang somalia itu masuk lokap kali ke tiga,tapi setiap kami masuk lokap dia dibebaskan kerana ada kad unhcr, walau tiada visa di kad unhcr itu, jadi dia tidak takut dan tidak risau tinggal di dalam lokap.

Orang somalia itu bercerita bahawa dulu seorang rakannya dimasukkan ke dalam penjara, kemudian rakannya itu duduk seorang diri, tidak bercakap malah sentiasa bersedih, tiba2 rakannya itu mati di dalam penjara.

Setelah mendengar cerita itu, saya terkejut! Kerana mungkin saya juga akan mati jika masih tidak bercakap dan melupakan kesedihan. Maka saya perlulah bersembang dengan rakan2 selokap untuk melupakan kesedihan dan kerisauan.

Orang afrika kata kepada saya, jangan diam, kena bercakap bersembang untuk lupakan kerisauan, dan lupakan kesedihan.

Bila diberi makanan, dan dapat kawan, dapat sembang dengan kawan barulah saya lega, hilanglah kerisauan dan kesedihan saya.

Bila masuk dalam lokap tu, masing2 pakat2 cari pelapik untuk tidur diatasnya, dan cari tempat masing2. Orang filipina ada 4 buat kelompok merekadi suatu tempat, orang thailand2 org orang ambil tempat di hujung sekali sebelah orang filipina, saya pula duduk seorang diri di tengah2 kelompok orang2 afrika.

Orang filipina panggil saya duduk sebelah mereka, mereka kata ini kelompok tempat orang asia. Maka kami thailand, filipina dan malaysia duduk di suatu kelompok.

Tidak lama selepas itu, ada orang buat masuk kain slimut, maka kami jadikan kain itu sebagai pelapik kami.

Dalam lokap tu suasana sangat bising, semua orang bercakap dan berbual sesama sendiri, kami cakap arab fushah dan arab ammi. Mereka tidak bersedih atau risau tapi mereka bersembang dan bergurau senda.

Kebanyakan orang tidak sedih dan risau, mereka lupakan kesedihan dan kerisauan mereka dengan berbual. Tinggal saya sahaja yang tidak bercakap, tinggal saya sahaja yang sedih dan risau. Orang afrika tanya saya, kenapa tak bercakap? Mereka suruh saya bercakap dengan sesiapa sahaja, kerana kita semua satu.

Maka saya pun bercakap lah sedikit dengan orang yang berdekatan saya.

Orang2 afrika yang ada kad unhcr dapat keluar awal dari lokap dan mereka tidak dihantar pulang ke negara asal, mereka hanya duduk dalam lokap sekejap sahaja selepas pergi ke jawazat (mujammak di tahrir), dan ke amnu daulah.

Orang afrika yang ada kad unhcr hanya lalui dua check point untuk keluardari lokap, iaitu pergi kejawazat dan pergi ke amnu daulah, kemudian ramai yang dibebaskan. Ada sikit sahaja yang ditarhil iaitu dihantar pulang ke negara asal.

Manakala orang lain pula yang belajar di mesir, perlu lalui 3 checkpoint iaitu pergi sahkan nama muqayyad atau tidak di universiti, pergi ke jawazat (mujammak di tahrir), , kemudian pergi ke amnu daulah.

Yang menentukan keputusan samada kami dapat tinggal d mesir atau dihantar pulang ke negara asal ialah amnu daulah. Amnu daulah buat keputusan berdasarkan jawazat dan universiti.

Saya tak ingat hari ke berapa, Ustaz Baihaki sebagai mandub safir iaitu pegawai kedah, datang ziarah saya di lokap. Beliau kata beliau telah menyerahkan passport saya yang visanya masih hidup itu kepada polis dan polis kata saya akan dibebaskan esok. Saya pun bergembira. Ustaz Baihaki serahkan passport saya kepada polis yang ada 3 bintang di bahu, iaitu ketua polis di Balai Polis Awal Abbas. Ustaz Baihaki tanya, “Makan macam mana ? Ok ka?” Saya jawap ‘ok’ walhal sebenarnya nasib baik orang filipina dan thailand sudi beri makanan mereka kepada saya, kalau tak bagi, saya pun x dapat makan. Ustaz Baihaki tanya “Kenapa tak ambil passport di rumah wilayah bila visa dah siap?” Saya tak sempat nak jawap, polis dah suruh saya balik semula ke lokap, dapat jumpa dalam 1 minit sahaja.

Hampir setiap hari Ustaz Baihaki datang menziarah saya, dan bagi makanan kepada saya, pakaian, sikat rambut, minyak rambut dan minyak wangi. Dikatakan bahawa kedutaan Malaysia ambil berat kepada saya, selalu datang bertanya polis tentang saya, akhirnya polis pun nampak keperihatinan kedutaan Malaysia terhadap saya, jadi polis pun mempercepatkan proses pembebasan saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Baihaki, Kedutaan Malaysia di Mesir kerana membantu saya keluar dari lokap dan menyalurkan makanan dan memberikan passport bervisa saya. Terima kasih kepada persatuan Majlis kebajikan keluarga kedah di Mesir kerana buat solat hajat untuk saya.

Terima kasih juga kepada rakan2 selokap yang memberikan semangat dan makanan kepada saya.

###

Esoknya, kami semua dibawa keluar dari lokap, tangan kami digari, kemudian di bawa ke jawazat di mujammak di tahrir, sepatutnya polis yang menerima passport saya dari ustaz Baihaki itu memberikan passport saya kepada polis yang bawa fail, untukdibawa passport itu ke jawazat, tapi tapi polis tu tak bagi, maka passport saya tidak dibawa ke jawazat,semua orang ada passport bila tiba di jawazat, yang bawa passport mereka ialah polis yang bawa fail, tapi passport saya sahaja yang tiada.

Kami dibawa ke jawazat itu menaiki lori besi polis, sangat panas di dalamnya, kami diminta membayar tambang perjalanan, ada sebahagian bayar sebahagian lagi tak bayar.

Kami masuk banggunan besar depan medan tahrir tu, naik tingkat satu, pergi ke idarah bahsul janaii, (Jabatan siasatan jenayah)

Di jawazat tu sayalah orang terakhir yang dipanggil masuk untuk ditanya, saya ditanya tentang nama seperti dalam passport, negara, universiti mana, kuliah apa, ada visa atau tiada.

Bila ditanya mana passport saya, Saya kata bahawa saya ada passport dan ada visa, sekarang passport saya ada di balai polis awal madinat nasr.

Kawan dari filipina kata, sepatutnya pegawai kedah berikan passport saya kepada jawazat terus, bukan kepada polis, kerana jika berikan kepada jawazat, bila dia tengok ada visa, dia akan terus lepaskan saya. Tapi tak tahu lah betul atau tidak apa yang dia kata.

Lepas tu, kami pun balik ke lokap.

Bila sampaike lokap, Kelmarin ustaz baihaki kata saya akan dibebaskan hari ini, tapi hari ini saya tidak dibebaskan pun, jadi saya bagi tahu kepada polis yang bawa fail bahawa saya ada passport dan visa. Polis pembawa fail tanya saya, “di mana passport itu?” saya kata di balai polis inilah. Mereka pun tak pedulikan saya.

Saya cuba menguatkan suara mengatakan bahawa saya ada passport dan visa, agar saya dibebaskan hari ini, tapi polis tidak memperdulikan, mereka tanya saya pula, “Passport tu ada di mana? Ada dengan siapa?” Manalah saya tahu..

Akhirnya saya pun tidak dibebaskan pada hari ini, walhal semalam polis kata saya akan dibebaskan hari ini.

Saya menyangka polis telah menghilangkan passport saya. Rupa2nya passport itu tidak hilang, Cuma sampai lambat kepada polis pembawa fail. Selepas beberapa hari barulah polis pembawa fail panggil nama saya di lokap, tanya ini passport saya kah? Saya kata ya. Passport itu baru sampai kpada polispembawa fail selepas beberapa hari.

Mungkin kerana inilah orang filipina kata, sepatutnya passport diberikan terus kepada jawazat, bukan kepada polis, jika beri kpd polis, dia lambat buat kerja. Tapi saya tidak tahu sebenarnya kepada siapa passport bervisa itu perlu diserahkan. Samada kepada polis dibalai polis atau kepada jawazat terus. Menurut ustaz Baihaki passport sepatutnya diberikan kepada polis, supaya polis berikan kepada jawazat.

Bila tiba waktu solat, orang perancis akan azan dan jadi imam di dalam lokap, kami sembahyang berjemaah. Orang perancis itu belajar di markaz AlFurqan di hayy asyir, mereka belajar bahasa arab. Mereka berjambang, berkopiah, dan berpakaian ala2 salafi.

Tidak lama selepas itu,orang filipina minta nak jadi imam, orang perancis bg org filipina jadi imam. Orang filipina minta saya jadi muazzin, maka saya pun akan azan setiap kali tiba waktu solat dan bila diminta untuk azan. Di dalam lokap, saya digelar Abdullah bin Maktum.

Di dalam lokap, saya bersembang dengan orang filipina, saya tanya tentang negara mereka, mereka bercerita tentang negara mereka, kawan saya dari filipina itu dari pulau Mindanau, di filipina ada 3 pulau, 2 pulau penganut kristian, 1 pulau sahaja muslim, iaitu pulau mindanau.

Asalanya ketiga tiganya muslim, tapi selepas sepanyol menjajah filipina, 2 buah pulau menyerahkalah, mereka pun masuk kristian, manakala pulau mindanau tidak mahu menyerah kalah dan tidak mahu murtad, dan terus berperang sehingga sekarang.

Sekarang mereka memerangi kerajaan filipina sehinggalah kerajaan filipina minta buat pelan damai, dan memberikan kekuasaan memerintah kepada muslim mindanau iaitu bangsa moro.

Sekarang, jika mereka dapat memerintah di mindanau, mereka tidak memerangi kerajaan, jika kerajaan merampas kuasa mereka, mereka akan memerangi kerajaan kristian sehingga mereka dapat semula kuasa pemerintahan.

Di Mindanau, senjata dijual secara bebas, tiada siapa akanmerampas atau menghukum pemilik senjata api. Sehingga mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri, mereka berkelahi antara dua keluarga. Keluarga A bunuh sebahagian anggota keluarga B, Keluarga B bunuh balik anggota keluarga A, merekaberkelahi kerana tiada undang2 yang nak jaga hak mereka.

Selepas sembang dengan filipina, orang somalia pula bercerita tentang negaranya, dia kata somalia ialah negara afrika yg terpanjang sekali pantainya, dan ada hutan di somalia. 70 peratus rakyat tinggal di luar bandar, hanya 30 pratus shj yang tinggal d bandar. Kerana mereka semua memiliki lembu kambing sendiri, mereka bebas makan mangga(mempelam) dan buah2 han di dalam hutan.

Di somalia juga setiap orang memiliki senjata api, setiap orang somalia yang tinggal d somalia hendaklah muslim, jika kafir,akan dibunuh. Jadi orang somalia yang tinggal d somalia semuanya muslim.Tapi berlaku peperangan sesama mereka selama beberapa tahun, iaitu perang qabilah, setiap qabilah membunuh dan mencuri harta qabilah lain, untuk tengok qabilah mana paling kuat. Setiap hari merekamembunuh dan mencuri sehingga bertahun2 sehingga sudah penat, akhirnya ketua2 qabilah mereka buat pelan damai berhenti berperang. Kemudian sekarang ni ada daisy di somalia, ada perang lagi, kerana itu mereka ada kad unhcr, mereka boleh pergi tinggal d mana2 negara lain.

Di thailand pula, senjata api juga dijual, ramai orang memiliki senjata api.

Nasib baik d malaysia, senjata api tidak dijual, jika dijual mungkin Malaysia juga tidak aman dan terpaksa menjadi pelarian.

###

Selepas beberapa hari, semua orang dibawa ke amnu daulah kecuali saya, dan orang filipina dan beberapa orang lagi.

Mereka yang pergi ke amnu daulah kata,mereka diperiksa oleh polis, dan polis telah merampas duit mereka, mereka kata syurthah haromiah, maka mereka suruh kami sembunyikan wang agar tidak dirampas oleh polis.

Kami yang tidak pergi ke amnu daulah menyangka kami tidak lagi perlu ke amnu daulah, dan akan dibebaskan rupa2nya urusan kami di amnu daulah ditangguhkan.

Selepas beberapa hari, ramai orang afrika, dibebaskan dari lokap, kerana mereka ada kad unhcr. Kad pelarian. Tinggal lah orang2 yang belajar d mesir yang xda kad unhcr.

Orang2 yang belajar di mesir akan dibawa ke universiti untuk takkidkan samada nama muqayyad atau tidak di universiti, kemudian akan dibawa ke jawazat, kemudian akan dibawa ke amnu daulah.

Orang perancis tidak dibawa ke universiti azhar kerana mereka belajar di markaz furqan, mereka terus dibawa ke amnu daulah, selepas pergi ke jawazat. Di amnu daulah, tangan mereka digari dan mata mereka ditutup dan diikat dgn kain. Mereka dilayan macam pengganas.

Mereka disoal di amnu daulah, “kenapa datang ke negara ini?” “Masuk mesir macam mana?” Mereka dituduh daisy, mereka dituduh pengganas kerana pakaian mereka seperti salafi jihadi, akhirnya amnu daulah putuskan bahawa mereka ditarhil iaitu dihantar pulang ke negara asal. Selepas menunjukkan tiket kepada polis, barulah polis bawa mereka keluar dan hantar ke aiport.

Orang perancis jamu kami makan roti dengan keju, mereka makan roti dengan keju dan dengan lansyun. Ini first time saya makan ala2 orang perancis saya dan saya meminati makanan ini.

Orang filipina jamu makan nasi dengan ayam bakar, dan ada ikan kering.

Orang thailand jamu makan masakan thailand seperti nasi dengan paprik dan lain2, ini yang paling sedap bagi sayalah.

Orang afrika pula pernah jamu saya makan makanan yang saya lupa apa namanya, ada kacang pisang ayam karrot, mereka cicah roti pada makanan tu. Orang afrika suka makan makaroni.

Yang salurkan makanan kepada mereka ialah kawan2 mereka diluar penjara. Mereka bawa makanan lebih agar orang lain juga dapat makan. Alhamdulillah orang2 dalam lokap mahu berkongsi makanan dan jamu saya makan.

Pakaian saya berpeluh, sebab duduk dalam lori yang panas, jadi kawan dari filipina suruh saya basuh baju dan dia pinjamkan bajunya kepada saya.

Lepas mandi, mereka pinjamkan kain mereka untuk saya lap rambut. Mereka menjaga saya kerana saya keseorangan. Mereka fasih bercakap ammi mesir. Mereka faham arab cakap ammi. Kerana mereka tinggal d mesir lebih 10 tahun, dan mereka dah lancar cakap ammi selepas tinggal 5 tahun d mesir.

Punca mereka fasih cakap ammi ialah kerana mereka berkawan dengan orang2 mesir dan mereka selalu berlatih cakap mesir, dan setiap perkataan baru yang mereka tak faham mereka akan tanya apa maknanya.

Ada orang afrika dari negara sierra leone, negara yang banyak emas, perak dan permata. Dia fasih bercakap arab fushah, kerana dia selalu berlatih cakap arab sejak d negara dia lagi.

Mereka kata saya lemah dalam bahasa arab, mereka cadangkan agar saya berkawan dengan orang Mesir, bercakap dengan orang mesir dan tanya orang mesir tentang perkataan yang tak faham.

Mereka juga cadangkan saya membaca buku2 dalam bahasa arab dan mencari makna2 perkataan arab, untuk memperbanyakkan pengetahuan makna perkataan.

Bahasa arab mesir kita hanya nakguna semasa keberadaan kita di mesir sahaja ,tapi bahasa arab fushah kita akan guna selamanya. Tapi memandangkan kita berada di mesir, maka perlulah kita pandai cakap arab mesir, kerana orang mesir hanya faham bahasa mereka iaitu bahasa arab mesir, mereka tak faham bahasa fushah.

Saya lihat orang filipina dan thailand,kawan2 mereka selalu datang ziarah lokap untuk hantar makanan, pakaian, sabun, sabun basuh baju, ubat gigi, dan berus gigi kepada mereka, ada yang hantar al quran agar mereka dapat baca quran dalam lokap.

Orang afrikapula, kawan mereka hantar bantal kpd mereka, dan hantar wang kepadamereka,kerana polis selalu minta wang untuk bayar transport untuk ke jawazat, untuk ke universiti azhar dan ke amnu daulah, bahkan untuk kluar bebas dari penjara juga kena bayar. Maka banyaklah wang yang akan habis.

Di dalam lokap, tak tahu nak buat apa, jadi kami selalu tidur, bersembang dan bermain. Kami main gusti lengan dan chess, saya meskipun kurus, saya telah berjaya mengalahkan 2 orang afrika yg lebih tinggi dari saya dalam permainan gusti lengan. Sebenarnya ramai lagi yang boleh saya kalahkan, tapi mereka suka tarik tangan sebelum perlawanan benar2 tamat. Di dalam penjara, saya dihormati oleh orang afrika, mereka kata saya ‘rojul’ (lelaki) mereka kata saya ‘khothir’ (bahaya) mereka kata saya “syaklak dhoif walakinnaka qowiy” (nampak lemah tapi sebenarnya kuat) . Saya x pakai baju dalam perjara sebab panas, Orang Iraq tengok badan saya dia kata macam bruce lee.

Hahaha saya gurau sahaja, sebenarnya saya tidaklah sehebat yang mereka katakan, saya sebenarnya orang yang lemah dan tidak hebat shaja. hehehe

Orang thailand pula meskipun pendek, tapi telah mengalahkan hampir kesemua orang dalam permainan gusti lengan tanpa mengira orang itu asia atau afrika. Dia belajar silat di thailand. Malah dia mencabar org afrika untuk cuba menendang dia, bila orang itu tendang, dia tangkap kaki, dan lempar orang afrika itu jatuh ke lantai, semua orang dalam lokap terkejut melihat orang asia. Meskipun kecil tapi luar biasa.

Manakala orang dari filipina pula memiliki kelebihan yg unik, mampu membuat pukulan yg menyakitkan hanya dengan menggunakan 1 jari, dia cabar org afrika buat pukulan dgn 1 jari, smuanya tak mampu menyakitkan dgn menggunakan 1 jari, tp org filipina itu mampu menyakitkan hanya dgn menggunakan 1 jari.

Selain main gusti lengan, pumping, kami juga main chess.

Orang perancis melukis papan chess di buku, kemudian kami jadikan tudung botol, kurma, biji kurma, wang syiling sebagai chess. Mula2 orang perancis main chess dgn filipina, perancis mengalahkan filipina, perancis menang, kemudian perancis lawan dgn saya malaysia, tengok2 saya mengalahkan perancis, malaysia menang, orang pun berbangga dgn saya heheheh, mungkin mereka saja bagi chane kepada saya kot.

Selepas mengalahkan orang perancis yang lebih besar dari saya, saya main pula chess dgn orang perancis yang lain, tiba2 polis panggil orang perancis keluar, kerana mereka akan dibawa ke airport untukdihantar pulang ke perancis,kamipun salam dan berpeluk2 dgn mereka.

Selepas itu, lokap pun menjadi sedikit kekosongan,setelah keluarnya ramai orang afrika dan orang perancis. Kami sangka lokap akan jadi lebih selesa kerana tidak lagi sempit dan berhimpit himpit, rupa2nya ada orang afrika baru yang masuk lokap, mereka ditangkap ketika ingin datang ziarah menyalur makanan kepada kawan mereka di lokap, ditangkap kerana tiada visa, lepastu ada ramai lagi afrika yang dibawa masuk ke dalam lokap membuatkan lokap kembali sempit, kemudian dibawa masuk lagi seorang filipina dan seorang iraq, smuanya ditangkap di hayy asyir.

#######

Setelah beberapa hari, saya dan filipina dan beberapa afrika dibawa ke universiti al azhar sadis, di idarah wafidin, untuk tengok samada nama kami muqayyad atau tidak di Universiti Al Azhar, kalau nama tidak muqayyad maka visa kami akan dikatakan sebagai visa palsu. Jika nama tidak muqayyad kami akan ditarhil ke negara kami.

Bila kami sampai ke sana, kami ditanya tentang nama, kuliah dan tahun, nama kami bukan kami yang tulis sendiri, orang lain yang tulis, jadi mereka silap tulis, akhirnya dikeluarkan kenyataan bahawa kami semua tidak muqayyad di universiti al azhar. Sebenarnya nama kami mungkin tiada di sana , kerana nama kami ada di syuun kuliah kami di Universiti Al Azhar Husein, bukan di Universiti Al Azhar Sadis. Sepatutnya mereka bawa kami ke syuun kami di Universiti Azhar Husein, untuk tengok muqayyad atau tidak, kerana nama kami muqayyad di syuun kuliah di Husein bukan di Sadis, tapi mereka bawa kami ke Sadis. Kerana itulah nama kamipun diputuskan tidak muqayyad.

Keesokan harinya kami dibawa pula Buus, yang turun di situ hanyalah 3 orang sahaja, kemudian kami tidak pergi pun ke Universiti Azhar Husein kemudian dihantar ke jawazat. Di jawazat kami hanya duduk sahaja kemudian dihantar pulang ke lokap.

Selepas beberapa hari, seorang rakan kami darifilipina yang fasih berbahasa arab mesir dan faham bahasa arab mesir, dia bercakap dgn polis yang bawa fail bahawa sepatutnya kami dibawa ke universiti azhar husein,untuk memastikan nama kami muqayyad di univerisi azhar, tapi kami tidak dibawa ke sana. Tanpa pergi ke syuun kuliah kami tiba2 buat keluar surat bahawa kami tidak muqayyad ini tidak adil.

Jadi polis itu kata dia tidak mahu menzhalimi kami, jadi dia sendiri yang akan bawa kami ke syuun kuliah kami kerana polis lain tak tahu apa, taktahu buat kerja.

Maka esok tu, kami pun dibawa ke Syuun kuliah syariah kami, ternyata nama 2 orang kawan saya dari filipina muqayyad pada firqah uula pada tahun sekian2 di kuliah syariah islamiah, nama saya pula muqayyad pada firqah rabi’ah pada tahun 2016/2017 di kuliah syariah islamiah.

Akhirnya Pihak universiti azhar tulis satu surat menyatakan kami bertiga muqayyad di universiti azhar. Alhamdulillah, akhirnya kami tidak teraniaya dan tidak dizhalimi oleh Universiti Al Azhar. Nasib baik Universiti Azhar masih membela nasib kami, jika Azhar menafikan hak kami, maka habislah kami.

Setelah beberapa hari, fail kami dibawa ke jawazat tapi kami tidak dibawa ke sana.

Esoknya, kami dibawa ke Amnu Daulah, Kami dibawa masuk ke dalam suatu bilik, diteman oleh polis, kami tunggu sehingga 7 jam dalam bilik itu, kemudian seorang memberikan surat kepada polis yang teman kami, kemudian kami dan polis itu pun naik lori pulang ke lokap, macam biasalah, setiap kali nak naik lori polis akan minta duit dari kami. Kami pun bayar.

###

Hari pembebasan

Esoknya, diwaktu pagi, ketika saya di dalam lokap, polis yang bawa fail panggil nama saya di pintu lokap, saya pun pergitengok dia melalui tingkap jaring pintu lokap. Polis tu kata ‘enta hatirowwah” (kamu akan dibebaskan)

Kemudian datang polislain, polis tu bagi tahu bahawa saya, 2 filipina dan 2 afrika, kami berlima akan dibebaskan, dan dapat tinggal d mesir lagi. Manakala 2 filipina dan 2 thailand ditarhil ke negara mereka.

Polis minta saya bayar wang untuk keluar bebas dari lokap, maka saya bayar 200Le untuk 5 orang, bermakna setiap satu orang 40Le.

Sebab apa saya tidak ditarhil? Mungkin kerana nama saya muqayyad di universiti azhar, dan kerana ada visa.
Kenapa filipina yg pertama itu tidak ditarhil? Kerana dia ada 2 anak yg ada visa, jadi mustahillah mereka nak tarhilkan dia, kerana dia adalah bapa kepada 2 anak yang ada visa, jika mereka tarhilkan dia, nanti sapa nak jaga anaknya di mesir yg ada visa itu.

Manakala filipina yg lg 2 lagi ditarhil mungkin kerana mereka sudah tamat pengajian kuliah, iaitu mereka telah mafshul. Dan kerana tiada visa.

2 thailand pula ditarhil, seorang itu muqayyad tp ditarhil mungkin krana tiada visa, seorang lagi ditarhil kerana tidak muqayyad.

Pendek kata,jika anda muqayyad, dan ada visa, insyaAllah anda tidak akan ditarhil iaitu tidak akan dihantar pulang ke negara anda.

###

Detik2 pembebasan

Selepas solat isya, kami yang akan dibebaskan ini dipanggil keluar, kami dibawa naik tingkat satu, kami diminta tunggu berjam jam sehinggalah ke pukul 12.30 malam. Kami ditanya nama apa dan sebab dimasukkan ke lokap. Kamikata sebabnya tiada visa.

Akhirnya tepat jam 12.30 kami dikeluarkan dari balai polis, sebelum keluar kami minta passport kami dan telepon kami balik, tapi polis kata esok.

Kami pun keluar, saya disambut oleh Ustaz Baihaki, filipina disambut oleh ramai orang filipina yg lain. Saya dan rakan selokap bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah.

****

Keesokan harinya, saya dan Ustaz Baihaki datang ke balai polis untuk minta passport dan telepon serta hard disc saya, mereka kata pergi ambil passport di jawazat di mujammak di tahrir. Poilis suruh ambil telepon di bilik belakang garaj, kami pun pergi ke bilik belakang garaj, dia kata takda, dia kata pergi ambil telepon di lokap, kami pergi lokap,dia kata takda, dia suruh naik tingkat atas, kami naik tingkat atas, dia kata tak da, dia suruh pergi ke lokap semula.

Akhirnya tiada telepon dan hard disc saya…

Kami pun pergi ke jawazat, kebetulan berjumpa dengan polis pembawa fail di jawazat, maka kami minta tolong dia mintakan passport saya dari jawazat tu, maka dia pun minta, maka saya pun dapat semula passport saya. Alhamdulillah..

Esoknya, saya pergi seorang diri ke balai polis awal abbas madinat nasr untuk minta telepon, saya pergi ke bilik belakang garaj, dia kata pergi ke lokap, saya pergi ke lokap,dia kata pergi naik atas, saya naik atas dia kata pergi ke lokap, saya pergi ke lokap

Akhirnya penjaga telepon2 di lokap kata “cari orang yang tangkap kau”

Ini adalah satu masalah, di mana saya nak cari orang yang tangkap saya tu?

Akhirnya saya pun terpaksa membeli telepon baru dan hard disc baru.

Mungkin mereka ambil telepon saya kerana saya tidak kunci telepon, tak letak password, jadi sesiapa saja boleh buka dan ambil guna telepon saya. Kalau saya kunci, barulah mereka tak boleh ambil guna,akhirnya terpaksa kembalikan kepada saya.

Orang afrika kata polis mesir haromiah, kerana rampas duit mereka, malah ada telepon orang afrika yang tidak dikembalikan walau dituntut.

##

Pengajaran:

1) Jangan pergi ke kawasan Hayy Asyir, kerana polis sedang tangkap wafidin di sana.

2) Setelah visa anda siap, ambil dengan segera dan bawalah visa, tasdiq kuliah dan kernih bersama anda di mana sahaja.

3) Jika polis tahan anda, jangan diam, tapi keluarkan segala passport, kernih, dan tasdiq kuliah, serta kata kepada mereka bahawa “Ana tholibul azhari” agar mereka lepaskan anda. Jangan biarkan mereka tangkap anda, nanti habis duit anda, habis masa anda dan habis harta benda telepon anda.

4) Bawa duit lebih dan sembunyikan duit itu, untuk kegunaan di waktu terdesak.

5) Apabila tahu rakan anda dimasukkan ke lokap, ziarahlah dia (jika anda ada visa) setiap hari dan salurkan makanan, bawa makanan lebih untuk orang lain yg lapar dalam penjara, salurkan pakaian, ubat gigi, berus gigi, sabun kepada dia. Boleh mati kebulur dia kalau tak ziarah bagi makanan kepada dia, kerana dalam lokap takda makanan.

6) Pentingnya memahami bahasa ammi, kerana di waktu ini tiada siapa yg kesian kpd kita, tiada siapa yg nak cakap pelan2 bg kitafaham, smua org cakap laju, kalau tak faham, habislah tak tahu apa.

7) Pentingnya fasih cakap ammi, kerana polis malas dengar kita bercakap kalau kita cakap tak lancar, dia buat pekak saja. Kalau cakap fasih baru dia mau dengar sikit. Kalau x fasih cakap ammi tak boleh nak bagi tahu polis perkara sebenar.

##

Hikmah masuk lokap:

1. Dapat kawan baru dari pelbagai negara yang tinggal dalam satu lokap

2. Dapat praktis cakap arab fushah dan ammi dengan kawan2 selokap

3. Dapat praktis solat di awal waktu dan solat berjemaah di dalam lokap

4. Kawan dari filipina bagi tahu bahawa saya lemah dalam bercakap arab ammi dan fushah, tidak fasih cakap arab, mereka suruh saya kawan dan sembang dgn org mesir dan tanya perkataan yang saya tak tahu.

5. Kawan dari afrika bagi tahu bahawa tangan saya masih kurus, dia suruh saya makan banyak dan angkat besi untuk kuatkan otot tangan, bg tangan jd besar

6. Ramai kawan marah saya kerana saya pendiam. Mereka suruh saya bercakap. Alamak,.. terpaksalah bercakap dan bersembang lepas ni..

7. Kawan tanya “Ada girlfriend tak?” saya kata takdak, mereka kata punca takda girl friend ialah kerana diam, mereka suruh saya bercakap.

8. Mereka kata saya ni lemah semangat, putus asa, mereka suruh saya kuatkan semangat, sentiasa bersembang, bergembira dan lupakan kesedihan dan kerisauan walau apapun musibah melanda.

9. Saya belajar benda baru, iaitu walau apa pun musibah melanda kita, kita jangan fikirkan kesedihan, jangan risau, tapi kita lupakan saja kesedihan dan kerisauan kita dengan bersembang, tidur dan bermain. Lalui hidup ini dengan tenang, redho dan happy, walau kita dianiaya. Tidak kisah dengan dugaan.

10. Kawan kata saya ni suka fikir, (fikir negatif, fikir risau) mereka suruh saya berhenti berfikir,dan mulakan bersembang untuk lupakan fikiran negatif, lupakan kerisauan.

11. Sebenarnya saya sentiasa bernyanyi di dalam hati sepanjang saya melalui detik2 saya dipenjarakan. Saya nyanyikan lagu semangat, untuk mempositifkan otak saya, untuk menenangkan jiwa saya, untuk memberi harapan dan keyakinan kpd saya bhw saya pasti akan dibebaskan dari penjara ini.

12. Saya belajar berfikir positif. Saya bernyanyi dan berfikir bahawa setiap masalah pasti ada pengakirannya, saya fikir saya pasti keluar dari penjara, saya fikir meskipun polis ambil segala telepon saya (lenovo850+ dan huawei p9 yang sangat mahal) dan polis ambil hard disc 1 tera saya (yang mahal dan yang ada segala rakaman pengajian saya, bagi saya ini sangat penting) polis ambil barang2 yg penting dan berharga, tapi saya akan bina hidup baru. Saya akan beli henset baru dan beli hard disc baru, saya akan kumpul rakaman pangjian semula. Sebenarnya saya boleh kehilangan harapan dan semangat, kerana polis telah rampas sesuatu yg sangat bernilai dan penting bagi saya, tapi saya tidak akan hilang harapan dan semangat, saya akan sentiasa berfikiran boleh “Malaysia Boleh” “Saya boleh”, saya tidak akan fikir bahawa “Saya akan gagal” atau “Saya tidak boleh” atau “Saya akan mati dalam penjara”

#####

Kerugian:

1. Rugi 400Le dalam masa2minggu dalam lokap

2. Rugi masa 2minggu

3. Kehilangan 2 buah telepon (huawei p9 dan lenovoa850+)

4. Kehilangan hard disc 1tera

5. Kehilangan tali pinggang

###

Penutup

Selepas saya, mungkin ramai lagi orang lain yang akan teraniaya.. Jadi, pesanan saya,tidak perlulah anda datang ke Mesir, jika anda nak datang juga, maka bersiap sedialah untuk dizhalimi dan dianiaya..

Kerana dalam Quran pun Tuhan sebut bahawa Mesir ni tempat firaun melakukan kezhaliman dan penganiayaan.

Mesir ini ada universiti al azhar, ada ulama, ini yang kita cari, tapi untuk mendapatkan ilmu dari ulama pun agak mustahil, kerana mereka mengajar dalam bahasa ammi. Kita tak faham pun apa yang mereka ajar.

Mesir ini ada universiti al azhar, ada ulama, ini yang kita cari, tapi selain dari itu, mesir ini dipenuhi dengan haromi, pencuri, perompak, penipu, pencabul. Dengan siapa saja kita bermuamalah, mereka pasti nak pau duit kita. Kita selalu dianiaya oleh orang mesir.

Mesir ini ada universiti al azhar, ada ulama, ini yang kita cari, tapi ramai orang yang pergi belajar diMesir, akhirnya pulang dengan tangan kosong,tak berjaya menjadi ulama, tak berjaya menjadi orang alim pun, sebab bila pergi belajar tak faham pun belajar apa, sebab orang ajar dalam bahasa ammi.

Mesir ini ada universiti al azhar, ada ulama, ini yang kita cari, tapi ramai orang datang ke Mesir, tidak belajar pun, mereka buat kerja lain. Kerana keadaan disini tidak mendokong untuk belajar.

Kesimpulannya, jika nak datang belajar di Mesir, maka anda perlu bersedia untuk dianiaya, dan fokuslah pergi belajar di kuliah dan talaqi, serta membaca kitab2, dengar rakaman pengajian, tapi jangan lupa bersembang dan berkawan dengan orang mesir dan wafidin yang lain. Kita perlu bersembang dan berkawan dengan orang Mesir untuk belajar bahasa mereka,dan berkawan dengan wafidin dari negara lain untuk belajar bahasa arab fushah. Bila rajin bersembang dalam bahasa arab lama2 fasihlah berbahasa arab.

Jika anda tahan hidup di Mesir, dan jika anda manfaatkan masa dgn sebaiknya, dan jika anda betul2 buat apa yang saya tulis di perenggan atas ini, maka anda berkelebihan mempelajari kitab2 turas di Mesir, malah sekarang ni di Mesir ada Ruwaq Jawi, Sahah Fathoni dan lain2, jadi anda dapat belajar kitab2 turas dalam bahasa Melayu, jadi boleh faham belajar apa. Jika anda tidak faham doktor syarah kitab kuliah dalam bahasa ammi di universiti, anda boleh minta sinior syarahkan kitab kuliah dalam bahasa Melayu. Selain itu, anda berkelebihan berjumpa dengan ulama2 yg sangat alim dan bijak, dapat belajar ilmu baru dari mereka, dapat tanya soalan-soalan rumit kepada mereka, insyaAllah mereka tidak akan marah keranamerekamampujawap, anda juga dapat ilmu yang anda belum jumpa d negara anda. Dapat belajar bahasa Arab, berlatih cakap arab, dan berkelebihan fasih berbahasa Arab. Anda juga akan dapat sijil ijazah dari Universiti Al Azhar. Di Mesir ada ramai umat Islam dari pelbagai negara datang ke sini untuk belajar,anda dapat tambah kawan dari pelbagai negara. Di Mesir ada banyak orang berniaga dan banyak usahawan, anda boleh berkawan dgn usahawan mesir dan belajar cara meniaga, dan anda balik malaysia jadi usahawan.

Tapi mampukah anda rebut peluang2 dan kelebihan2 yg saya sebutkan tadi?

Saya tidak larang anda belajar di sini, tapi anda perlu kuat kerana anda akan diuji. Ramai orang gagal menamatkan pelajaran di Mesir, ada yang berhenti belajar dan balik ke Malaysia kerana mereka dirompak, ada yang berhenti belajar kerana ditarhil dan diblacklist oleh polis mesir. Ramai yang gagal menamatkan pelajaran di Mesir kerana banyak dugaan di sini.

Bagi pendapat saya, jika saya ada anak, saya tidak akan hantar anak keMesir, melainkan jika saya kekurangan wang, kalau kurang wang baru hantar ke Mesir, kerana yuran pengajian di UniversitiAzharmurah sahaja, tidak sampai beribu ribu ringgit pun. Jadi belajar di Azhar ni terlepas dari hutang ptptn.

Meskipun terlepas dari hutang ptptn, anda perlu bayar perkara lain iaitu kena bayar kpd org2 mesir yg pekena anda, tipu anda, dan pau duit anda. Tapi mereka pau macam mana pun mungkin tak sampai beribu-ribu ringgit.

Jadi, di Mesir ini ada baik buruknya.. Untuk mendapatkan kebaikannya, anda perlu lalui banyak cabarannya.

DITULIS OLEH:
MOHAMAD HUDRI B MD ISA
BEKAS BANDUAN LOKAP MESIR.




Sumber: Facebook Mohamad Hudri

p/s: Admin baru merancang hendak bercuti ke Mesir nak tengok piramid situ.. nampaknya batalkan aje lah..!
Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.