Nak turunkan berat badan tapi,... malas nak sarapan!
Admin merupakan antara yang suka 'skip breakfast' atau sarapan pagi. Jika menurut pakar pemakanan, pastinya tidak digalakkan untuk kita tinggalkan sarapan pagi kerana di sinilah bermulanya metabolisme bekerja untuk kita bertenaga dan mula membakar lemak. Ia disokong pula dengan kajian yang mendapati mereka yang suka skip breakfast akan lebih terdorong untuk mempunyai banyak lemak badan.Sebenarnya ia TIDAK SEMESTINYA begitu. Jadi bagi yang suka skip tu, ini berita baik untuk anda. Apa yang paling penting adalah anda tetap boleh menurunkan berat badan asalkan anda tahu caranya.
Kajian yang dibuat mendapati berpuasa boleh meningkatkan kesihatan badan dan menurunkan berat badan kerana kurangnya pengambilan kalori dan pembakaran/penukaran lemak sebagai tenaga yang digantikan dari pengambilan kalori. Oleh itu hari ini admin hendak kongsikan cara menurunkan berat badan melalui cara intermittent fasting.
Bagaimana ia berfungsi?
Apabila badan kita mengambil kalori(makan), tubuh kita akan ambil masa berberapa jam untuk proses makan tersebut. Makanan tadi itu akan ditukarkan kepada energy mahupun lemak oleh tubuh kita. Sekiranya pemakanan tidak seimbang antara karbohidrat dan serat serta hidup secara tidak aktif, maka ia lebih kepada menambah dan menyimpan lemak dalam badan.Dengan cara berpuasa atau mengurangkan pengambilan kalori, tubuh kita tidak perlu bekerja untuk menukarkan makanan kepada tenaga(ataupun lemak) sebaliknya memproses lemak yang sedia ada dalam badan untuk keperluan tenaga dan secara tidak langsung anda akan turun berat badan!
Penurunan berat badan ini akan lebih pantas apabila anda hidup secara aktif seperti bersenam, bersukan mahupun kerap berjalan. Ini adalah kerana tubuh anda akan memproses lebih banyak lemak untuk kegunaan tenaga anda untuk sepanjang proses hidup aktif tadi.
Penafian:
Cara diet ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Sila dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu.
Intermittent fasting
Banyak website-website kesihatan(fitness) diluar sana yang menulis mengenai kaedah ini. Ia adalah serupa berpuasa namun bukanlah 100% berpuasa kerana dalam tempoh tertentu ini anda hanya perlu untuk tidak mengambil kalori. Kemudian apabila tempoh ini sudah tamat, anda bolehlah mengambil semula kalori seperti biasa dalam tempoh yang singkat kemudian diikuti semula dengan berpuasa.Apa yang menjadi perbezaan antara berpuasa cara islam adalah dalam tempoh intermittent ini anda boleh sahaja mengambil air/minum air kosong mahupun teh hijau.
Perbezaan lain pula adalah tempoh bermula puasa dan tempoh berbuka puasa iaitu anda boleh mulakan malam dan berbuka puasa pada tengahari esoknya. Ya! anda berpuasa ketika tidur, itu juga dikira sebagai intermittent fasting! Bestkan?
Kunci utama intermittent fasting
2 perkara utama yang anda perlu tahu dalam intermittent fasting ini adalah;- Tempoh makan
- Tempoh puasa
Tempoh makan
Tempoh makan adalah tempoh untuk mengambil kalori. Bermaksud dalam tempoh ini kita akan makan dan kita akan berhenti setelah tempoh ini selesai.
Bermula dari kita berhenti makan ini, kita tidak akan mengambil apa-apa kalori lagi sehinggalah keesokannya.
Tempoh makan adalah mengikut tahap kemampuan anda. Sewaktu tempoh makan ini pula, anda digalakkan memakan makanan sesihat dan seimbang yang mungkin seperti serat, protein dan karbohidrat. Elakkan garam dan gula berlebihan. Anda boleh ambil 1 atau 2 hidangan dalam tempoh ini.
Tempoh puasa
Waktu inilah kita tidak akan mengambil kalori kecuali hanya minuman seperti air kosong, kopi atau teh tanpa gula atau sebaiknya, green tea/teh hijau.
Tempoh berpuasa ini dilakukan dalam masa 16 jam, 18 jam, 20 jam dan 24 jam.
Bagi yang berpuasa 20 jam, ini bermakna tempoh untuk makan adalah 4 jam sahaja. Bagi 24 jam pula bermaksud tidak mengambil makanan dalam masa satu hari.
Jadual puasa
Admin sarankan gunakan tempoh puasa 16 jam.
- Jika mula makan pada : 10 AM pagi, berhenti makan pada 6 pm
- Jika mula makan pada : 11 PM tengahari berhenti makan pada jam 7 pm
- Jika mula makan pada : 12 PM tengahari, berhenti makan pada 8 pm
- Jika mula makan pada : 1 PM petang, berhenti makan pada 9 pm
- Jika mula makan pada : 2 PM petang, berhenti makan pada jam 10 pm
Melalui kaedah di atas, anda akan punyai waktu makan selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam.
Apabila anda sudah mahir kaedah ini, anda bolehlah menambah waktu berpuasa anda kepada 18 jam sehinggalah 20 jam. Namun jika mahu kekal pada 16 jam sehari juga masih dibolehkan kerana selagi anda menjaga pemakan dengan betul, anda pasti dapat melihat hasilnya.
Sedikit pesanan..
Pastikan anda melakukannya betul-betul selama sekurang-kurangnya 5-7 hari untuk lihat hasilnya. Tinggalkan seketika makanan manis dan tinggi garam jika anda betul-betul hendak lihat hasilnya.
Bersenam dan pengambilan makanan seimbang pada waktu tempoh makan pula akan membantu lagi melancarkan usaha anda untuk turunkan berat badan dan hidup secara sihat.
paling penting, anda tetap boleh turunkan berat badan walaupun tidak breakfast...
admin
0 Komen:
Post a Comment
Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.