8 Makanan Serat Tinggi Untuk Diet Sihat

8 MAKANAN SERAT TINGGI UNTUK DIET SIHAT


Makanan serat tinggi merupakan sebahagian dari diet sihat yang popular dikalangan pengalaman gaya hidup fitness dan sihat. Serat memainkan peranan tinggi untuk menurunkan berat badan kerana ia berfungsi untuk melancarkan penghadaman dan penyerapan vitamin kedalam badan.

Bagi yang sedang dalam proses atau hendak menurunkan berat badan, elemen serat wajib ada dalam pemakanan anda selain dari senaman harian.

Berikut admin kongsikan kepada anda 8 makanan serat tinggi dan khasiat lain berkaitannya.


1. Oat meal

Mengandungi beta glucan yang berfungsi menurunkan kolestrol yang tidak baik dan juga meningkatkan fungsi imun badan. Oatmeal adalah gabungan dari serat larut dan tidak larut. Serat larut merupakan jenis serat yang menurunkan kolestrol dalam darah. Serat tidak larut pula dapat membantu pencernaan.

2. Buah Berry

Buah-buahan bery merupakan sumber serat yang tinggi. Buah berry seperti raspberry, blackberry dan elderberry merupakan sumber terbaik tinggi serat.

3. Betik/papaya


Banyak khasiat betik selain dari tinggi serat antara meningkatkan imuniti, merawat sakit kencing manis, mengurangkan kolestrol, mencegah kanser serta baik untuk kesihatan mata kerana buah betik kaya dengan vitamin A.

4. Sayuran hijau dan buah-buahan

Sayuran hijau kaya dengan zat besi, bera-karotina dan serat. Sayur hijau seperti bayam merupakan sumber terbaik. Buah-buahan seperti epal boleh mengawal tahap insulin bagi membantu rasa kenyang berpanjangan dan tidak terlalu lapar selepas mengambil makanan rendah kalori(mengenyangkan).

5. Avokado


Buah avokado terkenal dengan rasa jus yang sedap selain digunakan dalam bidang kosmetik/kecantikan. Namun kelebihan lain buah ini adalah ia bermanfaat mengelakkan anemia, membantu pertumbuhan semula sel darah merah dan mencegah sembelit. Manfaat buah ini dalam penurunan berat badan sudah tentunya, ia boleh mingkatkan metabolisme untuk membakar lemak!

6.Buah Pear


Buah ini membantu anda untuk mengawal gula dalam darah, meningkatkan imuniti selain dari mencegah sakit jantung. Buah pear mengandungi sekitar 5.5 gram serat.


7.Brokoli


Khasiat lain sayur ini adalah mencegah kanser dan kandungan serat yang tinggi dalam brokoli boleh melancarkan penghadaman dan membantu membakar lemak.


8.Badam

Mengandungi lemak sihat, tinggi protein serta sumber tinggi potasium. Potasium ini berperanan bagi mengurangkan simpanan air(water retention) yang berkaitan terus dengan lemak air. Akan tetapi segelas penuh badam ini sangatlah tinggi kalorinya iaitu secara purata mencecah 529 kalori, jadi pengambilan badam ini perlulah berhati-hati terutamanya bagi mereka yang ingin menghadkan pengambilan kalori harian.


-admin-



Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.