Wisma Kosan Wilayah Persekutuan Kini Tidak Kelihatan Menderita Lagi




Warga Labuan atau sesiapa sahaja yang pernah menetap di Labuan sudah pasti kenal akan bangunan Wisma Kosan Labuan yang berhampiran dengan Taman Damai, Kampung Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan ini.




Sudah maklum bagi warga Labuan pemilik bangunan ini adalah Datuk Haris Salleh, beliau merupakan Ketua Menteri keenam negeri Sabah, di Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Parti Berjaya. Beliau memegang jawatan Ketua Menteri 1976-1985. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau dikenali dengan kontroversi di mana menyerahkan Pulau Labuan, yang digunakan untuk menjadi sebahagian daripada Sabah, kepada Kerajaan Persekutuan, menjadikannya Wilayah Persekutuan kedua di negara ini. 

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, terdapat beberapa kejadian yang berlaku. Begitu juga dengan bangunan-bangunan milik beliau yang kini kelihatan usang seperti Hotel Labuan.

Pada suatu tempoh yang lalu, terdapat signboard di bangunan Wisma Kosan ini, di mana ia dibuka untuk di sewakan kepada yang ingin menyewa.

Oleh hal yang demikian, Syarikat Sunyala Trading Sdn. Bhd. (158380-U) telah menyewa Wisma Kosan tersebut dalam beberapa tempoh. Namun, tidak lama selepas itu, Syarikat Sunyala Trading Sdn. Bhd. telah membatalkan hasrat untuk menggunakan bangunan tersebut untuk tujuan menambah cawangan atas beberapa faktor.

Menurut beberapa orang pekerja Syarikat Sunyala Trading Sdn. Bhd., hasrat itu dibatalkan lantaran bangunan tersebut perlu di ubah suai dan terdapat beberapa bahagian bangunan yang perlu dibaiki kerana sudah lama tidak digunakan lagi.

Ada juga yang mengatakan bahawa kerana anak kepada Tuan Syarikat Sunyala Trading Sdn. Bhd., tidak bersetuju untuk mengunakan bangunan tersebut sebagai cawangan baru.

Walau bagaimanapun, admin tidak dapat memastikan akan kebenaran sebab-sebab tersebut.

Yang sudah menjadi kepastian adalah, bangunan Wisma Kosan Labuan ini sudah pun disewa oleh syarikat lain selepas Sunyala Trading Sdn. Bhd. Nama syarikat yang menyewa ini masih tidak diketahui tetapi yang menyewa Wisma Kosan ini adalah pembekal barangan makanan kepada Syarikat Sunyala Trading Sdn.Bhd. itu sendiri.

Kini, Wisma Kosan Labuan bukan lagi sebuah bangunan usang. Bangunan ini sedang dalam proses dicantikkan semula. 







Info lain :
Labuan Supermarket, Milimewah Superstore, Emporium Labuan Shopping Mart dan Utama Jaya merupakan milik Syarikat Sunyala Trading Sdn. Bhd.
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

1 Komen:

  1. Ni d kosan layangan..da lg tmpt bersejarah labuan iaitu d torowong perang jepun dlu,dh x terjaga dgn lalang tinggi..sepatutnya tmpt mcm kna d jga dgn baik

    ReplyDelete

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.