[PANAS] Audit: Perbadanan Labuan rugi RM23.82 juta

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : 9 Oktober 2013



SHAH ALAM - Tuntutan kerugian Perbadanan Labuan terhadap kontraktor asal projek pembinaan pasar serta stesen bas dan teksi berjumlah RM23.82 juta kerana gagal menyiapkan projek masih belum diterima sehingga September 2012.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Perbadanan Labuan telah membayar wang pendahuluan sejumlah RM3.60 juta kepada Labindo Engineering Services Sdn. Berhad pada Februari 2008 untuk memulakan kerja pembinaan pasar.

"Syarikat ini telah mengemukakan jaminan bank bernilai RM3.60 juta kepada Perbadanan Labuan untuk pendahuluan tersebut. Semakan mendapati tarikh luput jaminan bank tersebut adalah 7 Oktober 2009 iaitu sebelum tarikh kontrak tamat pada 17 Januari 2010.

"Bagaimanapun, kontrak tersebut telah ditamatkan pada 7 Januari 2010. Perbadanan Labuan telah menuntut semula wang pendahuluan tersebut pada 18 Januari melalui jaminan bank tetapi tidak berjaya kerana tempoh jaminan bank telah luput," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menerusi laporan yang dikeluarkan.

Kegagalan menuntut semula wang pendahuluan itu menyebabkan Perbadanan Labuan menanggung kerugian RM3.60 juta.

Selain daripada itu, laporan mendapati, kelemahan lain yang terdapat dalam pembinaan projek tersebut juga berpunca daripada pemilihan kontraktor kurang berkelayakan kerana tiada pengalaman dalam bidang pembinaan bangunan dan keupayaan kewangan yang bergantung kepada kemudahan overdraf bank.

Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar, pihak audit mengesyorkan Perbadanan Labuan memantau kontraktor dan perkhidmatan perunding bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, kualiti dan siap dalam tempoh ditetapkan. - Sumber
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.