LOKASI POPULAR MEMBUNUH DIRI RAKYAT JEPUN

Hutan seluas 13.5  batu persegi yang dikenali sebagai lokasi popular membunuh diri rakyat Jepun sejak tahun 1950-an. Hutan ini berada di kaki gunung Mt.Fuji, AOKIGAHARA, Jepun. Hutan ini dipanggil Sea of Trees tetapi lebih dikenali sebagai Suicide Forest atau Demon Forest. Jika kita cuba mengubahnya dalam bahasa Malaysia, Suicide Forest adalah bermaksud hutan untuk membunuh diri dan Demon Forest adalah hutan berhantu atau syaitan atau sihir? Hutan ini disahkan sebagai lokasi popular membunuh diri rakyat jepun sejak 1950-an apabila sudah sebanyak lebih 500 kes membunuh diri di hutan ini. Hutan ini juga dipanggil sebagai "the perfect place to die" kerana sudah menjadi tempat kedua di seluruh dunia menjadi lokasi popular membunuh diri buat masa ini.

LOKASI POPULAR MEMBUNUH DIRI RAKYAT JEPUN

Jika anda masih ingat, terdapat movie berjudul "The Forest" yang menggunakan lokasi ini sebagai tempat penggambaran filem pada tahun 2016 untuk genre movie horror. Menurut anggaran, seramai 100 orang setahun telah berjaya membunuh diri di lokasi ini. Pada tahun 2002, 78 mayat telah dijumpai dimana menggantikan rekod tertinggi pada tahun 1998 iaitu seramai 73 mayat. Kebanyakan mereka yang mati di hutan itu membawa salinan buku Wataru Tsurumi. Wataru Tsurumi lahir pada tahun 1964 di Tokyo, Jepun. Beliau merupakan penulis buku berjudul "The Complete Manual of Suicide". Tidak pernah ada yang mengetahui berapa mayat yang tidak pernah ditemui di hutan misteri ini! Adakah mereka yang ingin membunuh diri ini dipengaruhi oleh hasil penulisan Wataru Tsurumi? Atau mereka mengalami tekanan yang tidak dapat dibendung? Atau mereka mengalami penyakit mental di mana terdapat satu bisikan menyuruh mereka membunuh diri? Tetapi...mengapa perlu di hutan ini?

LOKASI POPULAR MEMBUNUH DIRI RAKYAT JEPUN

Menurut khabar angin, hutan ini sangat tebal dan misteri lantaran tidak ada kompas yang berfungsi semasa berada di dalam hutan yang membuatkan sesiapa sahaja akan mudah tersesat dan tidak boleh keluar dari hutan ini jika bersendirian. Dipercayai juga bahawa hutan ini mempunyai semangat dan tenaga negatif dan berhantu. Hantu tersebut terdiri daripada mereka yang menderita dan tidak tenteram. Pokok-pokok di dalam hutan ini juga tidak akan membenarkan sesiapa yang masuk ke dalam hutan ini keluar semula.

Terdapat juga satu upacara di jepun yang dipanggil Seppuku. Seppuku adalah sejarah Jepun yang berkaitan dengan Honor Suicide. Di mana ia membawa maksud membunuh diri yang dihormati (sama seperti kepercayaan berani mati untuk menentang musuh). Pada perang dunia kedua, terdapat pahlawan samurai yang sanggup menentang musuh dengan menyerang menggunakan taktik membunuh diri iaitu menyerang tanpa defense diri. Jepun juga kononnya terkenal dengan membunuh diri jika telah melakukan kesilapan sebagai tanda tidak perlu hidup kerana useless. Adakah sejarah ini benar? dan pisang berbuah dua tiga kali bagi rakyat Jepun?

LOKASI POPULAR MEMBUNUH DIRI RAKYAT JEPUN

Walaupun hutan ini menakutkan, masih ramai rakyat jepun yang masih memerlukan pekerjaan dan sanggup untuk menjadi pekerja di kawasan hutan ini dan menjaga hutan ini. Pekerja hutan dan polis sudah terlalu kerap mengeluarkan mayat dari hutan ini dengan keadaan yang sudah teruk serta dimakan oleh haiwan buas. Setiap mayat akan dibawa ke stesen berdekatan dan meletakkan mayat di bilik khas. Pekerja hutan ini dipercayai akan membuat undian Janken untuk menentukan siapa yang akan menjaga mayat-mayat tersebut di dalam bilik khas itu.Janken adalah permainan yang biasa rakyat Malaysia main menggunakan tangan yang dikenali sebagai gunting,batu dan kertas. Anda rasa ini kelakar? Bagaimana jika anda salah seorang pekerja dan andalah yang kalah dalam permainan Janken ini? Ya! ini sangat tidak kelakar langsung.

LOKASI POPULAR MEMBUNUH DIRI RAKYAT JEPUN

Pekerja menggunakan Janken kerana masing-masing merasa takut untuk bersendirian menjaga mayat tersebut. Tetapi, mayat itu mesti dijaga kerana mereka percaya bahawa mayat yang mati kerana membunuh diri adalah mempunyai tuah yang tidak baik dan ada kena mengena dengan pengaruh hantu. Oleh itu, mayat ini akan bangun dengan sendirinya pada waktu malam dan akan mencari mangsa.

Ini bermakna, sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga mayat itu akan terpaksa bermalam dengan mayat.Mayat itu ibarat roomate! Jika anda ditempat pekerja itu, apakah perasaan anda? Adakah ini akan membuatkan anda tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah?

Sumber dan Rujukan : iluminasi.com , mentalfloss.com , tofugu.com, unrealperception, wikipedia.
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

1 Komen:

  1. wusih seramnya tempat ni, takut Del tengok ini kan nak pergi. erghhh

    ReplyDelete

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.