Japanese Surrender Point di Kg. Layang-Layangan, WP.Labuan




LABUAN DAN PENYERAHAN JEPUN

Pada pukul 9:15 pagi, 10 Jun 1945, satu pasukan penggempur tentera Australia telah mendarat di Pelabuhan Victoria, Pulau Labuan. Dibantu dengan tembakan mortar dan meriam tentera laut Australia, kemaraan mereka tidak mendapat tentangan semasa pasukan itu mendarat di bahagian pantai pasir yang dikenali dengan nama kod 'Brown Beach'.

Masa berlalu, tentangan pun kian bertambah. Beberapa anggota Batalion 2/43 cedera semasa menawan landasan terbang. Sungguhpun begitu, satu kompeni 2/28 berjaya menawan bandar Labuan. Tetapi unit Australia di tempat lain di dapati terlibat dengan pertempuran berat. Manakala askar-askar Jepun yang bertempur dengan unit-unit tentera Australia pada 12 Jun, telah berundur ke sebuah kubu yang dikenali sebagai 'The Pocket'. Dua hari selepas pendaratan tentera Australia, hanya tempat ini(Surrender Point) menjadi kawasan tentangan tentera Jepun di Labuan.  Tempat ini menjadi sasaran serangan hebat dari darat , laut dan udara sementara pasukan infantri, dengan bantuan pasukan kereta kebal, telah bertempur dengan tentera Jepun di darat. Pertempuran untuk menawan 'The Pocket' akhirnya tamat apabila kereta kebal penyembur api membantu serangan-serangan terakhir.

Labuan diisytiharkan bebas dari askar-askar Jepun pada 21 Jun 1945. Setela berjaya menawan pulau tersebut, askar-askar Australia terus berada di Labuan untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan dan pembinaan.

Pada 10 September 1945 , Mejar Jeneral Australia, George Wootten, menerima penyerahan kalah tanpa syarat oleh Leftenan Jeneral Masao Baba, Pemerintah Agung Borneo dan Pemerintah Tentera Jepun ke-37 Kawasan Selatan. Upacara penyerahan kalah diadakan di Ibu Pejabat Division ke-9 Australia di Pulau Labuan.






LABUAN SEMASA PERANG DUNIA KEDUA

Berikutan serangan di seluruh Pasifik, termasuk Pearl Harbour pada Disember 1941, dan pengisytiharan perang terhadap Jepun oleh pihak Bersekutu, tentera Jepun telah menawan Asia Tenggara. Pada 1 Januari 1942, Labuan, dahulunya Wilayah British, telah diduduki oleh tentera darat Jepun ke-37. Nama pulau itu ditukar kepada Maidu Shima dan kekal di bawah pemerintahan Jepun selama tiga tahun setengah , dengan pentadbiran yang kejam.

Antara Jun dan Ogos 1944, dua kem tawanan perang telah menerima lebih kurang 300 orang tawanan perang kebanyakkannya warga British, yang dipindahkan dari kem-kem di Sandakan dan Kuching. Kematian tawanan akibat demam malaria dan kebuluran amat tinggi . Mereka yang terselamat telah dipindahkan secara berperingkat ke Miri, Sarawak pada Mac 1945. Semasa kapal perang Bersekutu dalam pelayaran untuk menawan semula Labuan, mereka telah dibunuh oleh tentera Jepun pada 10 Jun 1945. Di Labuan, beberapa orang tempatan telah ditahan dan dibunuh, termasuk Ketua Polis.

AKIBATNYA

Mangsa-mangsa korban perang dikubur-kubur Tentera Australia di sepanjang laluan dari Sandakan ke Ranau dan mangsa-mangsa dari tanah perkuburan medan perang serta kubur-kubur yang terdapat di seluruh Borneo, telah dibawa ke Perkuburan Perang Sandakan untuk dikebumikan.

Apabila tempat pengebumian asal mereka didapati tidak sesuai, kubur-kubur tersebut telah dipindahkan ke Perkuburan Perang Suruhanjaya Komanwel Perkuburan Labuan, yang dibina khas untuk mangsa perang seluruh Borneo.

Mangsa-mangsa korban dari perkuburan Perang Trakan juga dipindahkan ke Labuan. Perkuburan Perang Labuan, Memorial Labuan dan Memorial Krematorium disediakan untuk memperingati mangsa perang Komanwel dari rantau Borneo. Memorial Labuan telah menyenaraikan semua nama mangsa yang hilang termasuk mereka yang tidak mempunyai pengenalan individu.
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.