JAMBATAN LABUAN VS JAMBATAN BRUNEI

Jambatan Temburong yang menyambungkan dua daerah di Brunei itu kini menjadi jambatan terpanjang di rantau Asean.

Dengan jarak sepanjang 30 km, ia kini menyambungkan Mengkubau dan Sungai Besar di daerah Brunei-Muara ke Estet Labu di daerah Temburong.


Sekarang ini, kedua-dua daerah itu dipisahkan oleh daerah Limbang, Sarawak dan juga Teluk Brunei. 

Dengan wujudnya jambatan baharu itu, pengguna jalanraya tidak perlu lagi melepasi empat pintu masuk imigresen untuk pergi ke dua kawasan tersebut.

Jambatan itu juga bakal meningkatkan aktiviti di Limbang, Sarawak. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri Sarawak dan Brunei telah berbincang untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang meibatkan kerjasama kedua pihak tersebut.

Pembinaan jambatan Temburong bermula sejak tahun 2014, telah siap pada 2019 sepenuhnya dan dibuka untuk orang ramai pada 17 march 2020. 

Projek itu memakan kos sebanyak Brunei $1.6 bilion.

FAEDAH JAMBATAN

Jambatan ini menyingkatkan perjalanan dari dua jam kepada kurang 30 minit selain meningkatkan kemajuan ekonomi kerana kemudahan logistik dari jambatan ini.

JAMBATAN LABUAN

Status terkini jambatan labuan masih tiada perkembangan positif selain PM ke-10 masih mengelak untuk memuktamadkan samada hendak teruskan atau batalkan.

Pada tahun lepas 3 syarikat telah menyatakan minat untuk projek ini dan dikhabarkan permulaan pembinaan akan dibuat secara berperingkat bermula pada bulan julai tahun 2022. Sayangnya, hasil tinjauan kami mendapati tiada apa-apa perkembangan pun yang berlaku.

FAKTA JAMBATAN LABUAN-MENUMBOK vs JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN

JAMBATAN LBN-MBK

Jarak:

1). 13.8km dari Tanjung Aru (Labuan) ke Lambidan di daerah Kuala Penyu.

2). 8.3km dari bandar Labuan ke Mempakul.

3). 9.15km adalah dari sini ke Menumbok melalui Pulau Daat yang terletak di pertengahan.

Kos: sekitar RM4 bilion

Status: Habuk pun Tiada

JAMBATAN SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN

Jarak: 30 km(terpanjang di Asia)

Kos: B$1.6 billion(RM5.35 bilion)

Status: Siap



Dengan kos lebih RM5 bilion kerajaan Brunei telah berjaya menyiapkan jambatan sepanjang 30KM iaitu jambatan terpanjang di Asia waktu ini sedangkan di WP Labuan pula sudahlah lebih pendek jaraknya tapi kos pula dianggarkan hampir RM4 bilion lepas tu hingga ke hari ini habuk pun tiada. 

P/S: Ekonomi WP Labuan pasti lebih makmur dengan adanya jambatan ini berbanding hanya cakap-cakap kosong untuk memajukan pulau ini umpama tin kosong yang bunyinya kuat tapi tiada isi.

Sumber: google photo, wikipedia, google search

-ADMIN-


Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.