Pekerja logistik mengaku bersalah buang janin dalam mangkuk tandas

Tertuduh Maria Resi Pora, 26, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.
LABUAN – Seorang pekerja logistik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang janin bayi dalam mangkuk tandas yang ditemukan di loji rawatan kumbahan di sebuah taman perumahan pada 3 Nov lepas.

Tertuduh Maria Resi Pora, 26, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 Dis ini untuk sebutan semula bagi menunggu laporan patologi sebelum menjatuhkan hukuman.
Wanita yang berasal dari Kota Marudu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.
Maria yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang semasa membuat pengakuan bersalah dan memohon jaminan yang rendah kerana beliau mempunyai ibu yang sudah tua dan adik-beradik yang perlu dijaga.
Leona membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan supaya terus berada di dalam lokap polis sehingga wang jaminan diselesaikan selain mengarahkan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Pada 7 Nov lepas, polis menahan tertuduh berikutan penemuan janin berusia 24 hingga 28 minggu dalam perangkap sampah di loji rawatan kumbahan di Taman Mahkota Impian, oleh pekerja Indah Water Consortium Sdn Bhd yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira 8 pagi, 4 Nov.
Polis menahan tertuduh di Lapangan Terbang Labuan sebaik tiba dari Miri, Sarawak kira-kira 11.55 pagi – turut ditahan adalah teman lelakinya seorang penjawat awam berusia 26 tahun yang sedang menunggu ketibaan tertuduh di lapangan terbang terbabit.
Lelaki itu masih direman sehingga mendapat keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pakar patologi.
— BERNAMA
Share on Google Plus

Admin nazz

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.