Warga Labuan kemalangan akibat jalan raya yang berlubang berhampiran Labuan Shipyard



Pada 10 January 2014 lepas, admin terbaca satu post di We Love Labuan (WeLL) di mana salah seorang warga Labuan telah kemalangan akibat jalan raya yang berlubang 3 hari yang lepas sebelum gambar tersebut di post ke laman sosial facebook.




Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan.

Jalan berlubang sememangnya membahayakan pengguna jalan raya. Pihak berkenaan wajar untuk bertanggungjawab dalam membaiki jalan rosak agar hal seperti ini tidak berulang.

Walau bagaimanapun, pada hari ini admin dapati jalan tersebut sudah pun dibaiki. Syabas kerana menunaikan tanggungjawab.



P/S : Jalan berlubang di jalan raya yang lain jangan lupa baiki. Peace.
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.