Mayat dalam kumbahan, tukul di kepala - Kampung Kiansam Lama, Wilayah Persekutuan Labuan

MAYAT wanita ditemui terendam di dalam kumbahan di bawah dapur rumahnya dengan mukanya ditutup tuala serta terdapat tukul di kiri kepalanya, dipercayai dibunuh oleh suaminya di Kampung Kiansam Lama, Labuan, malam tadi.

Mayat dalam kumbahan, tukul di kepala - Kampung Kiansam Lama, Wilayah Persekutuan Labuan


Mayat Siti Ratna Enok, 24, ditemui oleh bapanya kira-kira 9 malam selepas curiga tidak melihat kelibat anaknya selama dua hari kerana mangsa dilihat kali terakhir pada 18 Jun lalu, bersama suaminya.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, bapa mangsa mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya apabila tidak melihatnya dalam tempoh dua hari lalu ke rumah anaknya dan mengumpil pintu rumah yang berkunci.

"Ketika bapa mangsa masuk ke dalam rumah, dia terhidu bau busuk dari bahagian dapur rumah anaknya.

"Bapa mangsa kemudian memeriksa dan membuka satu keping papan lapis pada lantai dapur rumah lalu menemui mayat anaknya dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung sebelum satu laporan polis di buat pada jam 12.01 tengah malam tadi.

"Pemeriksaan polis menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di dalam lubang kumbahan yang terdapat di bawa lantai dapur rumah mangsa.

"Mayat yang terendam ditutupi dengan tuala dan terdapat sebuah tukul di bahagian kiri kepala mangsa serta kesan cedera di dahi dan leher," katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan termasuk mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri.

"Mangsa dan suami (suspek) baru berkahwin lapan bulan lalu.

"Polis kini giat mengesan suspek yang juga suami mangsa berusia 24 tahun," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 3:38 PM di www.hmetro.com.my
Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen:

Post a Comment

Saya selaku admin blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang dibuat oleh pembaca. Sebarang komen berunsur negatif akan di padam dan sila hubungi saya di alamat emel : labuanblogger@gmail.com jika terdapat sebarang komen negatif dalam blog ini yang belum dipadamkan. Sekian terima kasih.